MAKLUMAT TERKINI
FRIM, MTIB eratkan kerjasama perkukuh R&D perkayuan negara
29 Mac 2019 (Jumaat) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) untuk mewujudkan dan meningkatkan kerjasama dalam menjalankan program penyelidikan, pembangunan serta pengkomersialan bagi memperkasa pengurusan dan pembangunan industri kayu-kayan di Malaysia.
Dalam majlis yang diadakan di Menara PGRM, Kuala Lumpur pagi tadi. Ketua Pengarah (KP) FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod mewakili FRIM di majlis tersebut manakala MTIB diwakili Timbalan KP, Norchahaya Hashim.
Norchahaya (kiri) dan Abd Latif berucap pada majlis. | Para hadirin di Dewan Persidangan MTIB. |
Turut hadir, Mahpar Atan, Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB; Dr Wan Asma Ibrahim, Ketua Program Teknologi Biomass FRIM; Datuk Wira Sheikh Othman Sheikh Abdul Rahman, Persatuan Pekilang Panel Malaysia (MPMA); Dato’ Chung King Tong, Setiausaha Agung Kehormat Persatuan Perindustrian Kayu Malaysia (MWIA); Dr Clarence Tan, Pengarah Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MWMJC) serta wakil-wakil industri perkayuan negara.
Dari kiri: Tan, Mahpar, Norchahaya, Abd Latif, Wan Asma, Sheikh Othman dan Chung semasa sesi pertukaran dokumen. |
Kerjasama FRIM-MTIB ini akan mendatangkan manfaat dari segi pengukuhan R&D dalam mentransformasikan hasil R&D untuk aplikasi komersial selaras dengan Dasar Perindustrian Kayu Negara (NATIP) dalam Teras 3: Inovasi dan Teknologi.
Di samping itu, ianya juga dapat mengurangkan duplikasi penyelidikan berhubung pembangunan industri perkayuan. Kerjasama dalam program-program secara bersama akan menguntungkan kedua-dua pihak, mengukuhkan struktur industri perkayuan serta meningkatkan daya saing secara global.
Maklumat Terkini