Monthly Archives: Julai 2020

Utama>2020>Julai

FRIM anjur program khas bicara KP

30 Julai 2020 (Khamis) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menganjurkan Program Khas Bicara Ketua Pengarah (KP) FRIM, Datuk Dr Abd Latif Mohmod, bertajuk 'Latif: His Life, His Story' di Auditorium FRIM pada 27 Julai lalu. Program ini bertujuan memberi peluang kepada warga FRIM mendengar kisah hidup serta pandangan Abd Latif tentang isu-isu semasa serta cabaran masa hadapan FRIM termasuk tindakan dan langkah-langkah yang perlu diambil bagi mempertahan dan memastikan kesinambungan serta kecemerlangan FRIM. Abd Latif (kiri) menceritakan kisah hidup beliau sambil diperhatikan oleh Mohammad Shahfiz. Para peserta yang mengikuti program yang disiar secara langsung di Bilik [...]

FRIM anjur program khas bicara KP2020-09-14T11:52:44+08:00

FRIM, PBG kerjasama dalam pengurusan dan pemuliharaan tumbuhan

29 Julai 2020 (Rabu) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diwakili oleh Jabatan Taman Botani Pulau Pinang (PBG) untuk bekerjasama dalam bidang pengurusan dan pemuliharaan tumbuhan pada 21 Julai lalu. Di majlis pemeterian MOU tersebut yang diadakan di FRIM, Datuk Dr Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah (KP) mewakili FRIM manakala Kerajaan Negeri Pulau Pinang pula diwakili Pengarah PBG, Nur Faizah Tajudin untuk menandatangani dokumen tersebut. Abd Latif (kiri) dan Nur Faizah berucap semasa majlis.  Dari kiri: Chua, Abd Latif, Nur Faizah dan Saw semasa sesi pertukaran dokumen.  [...]

FRIM, PBG kerjasama dalam pengurusan dan pemuliharaan tumbuhan2020-07-29T15:57:35+08:00

Menteri KeTSA lancar buku flora mercu tanda negeri

27 Julai 2020 (Isnin) - YB Dato’ Dr Shamsul Anuar Nasarah, Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) telah melancarkan buku bertajuk, ‘Flora Mercu Tanda Negeri-negeri di Malaysia’ di Kuala Sepetang, Perak, semalam. Pelancaran buku terbitan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) ini diadakan sempena Majlis Sambutan Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2020. Dari kiri: Shamsul Anuar, Abd Latif, Ahmad Saidi, Zurinah dan Mohd Ridza semasa majlis perasmian buku. Abd Latif (tengah) menunjukkan isi kandungan buku kepada Shamsul Anuar sambil diperhatikan oleh Ahmad Saidi. Turut hadir pada majlis, YB Ali Biju, Timbalan Menteri KeTSA; [...]

Menteri KeTSA lancar buku flora mercu tanda negeri2020-07-29T15:28:28+08:00

Timbalan Menteri KeTSA lawat FRIM

20 Julai 2020 (Isnin) - YB Ali Biju, Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) telah mengadakan lawatan pertama ke Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 17 Julai lalu. Beliau diiringi Sharmida Alia Sariff, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan serta pegawai-pegawai KeTSA yang lain. Abd Latif (kiri) dan Ali semasa sesi taklimat. Wakil-wakil pengurusan tertinggi FRIM yang menghadiri sesi taklimat. Timbalan Menteri disambut oleh Datuk Dr Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah (KP) FRIM; Dr Khali Aziz Hamzah, Timbalan KP (Operasi); Dato' Dr Marzalina Mansor, Timbalan KP (Penyelidikan) dan ahli-ahli pengurusan tertinggi FRIM yang [...]

Timbalan Menteri KeTSA lawat FRIM2020-07-29T16:25:58+08:00

KP FRIM rasmikan Teratak Roslan

13 Julai 2020 (Isnin) - Datuk Dr Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah (KP) FRIM telah menyempurnakan perasmian kabin ‘Teratak Roslan’ yang disumbangkan secara peribadi oleh beliau untuk dijadikan pejabat staf Cawangan Hutan Bandar (UF) yang terlibat dalam penilaian kesihatan serta penyelenggaraan pokok-pokok berisiko dan tanaman hiasan landskap, pada 9 Julai lalu. Kabin ini dinamakan ‘Teratak Roslan’ bagi mengenang jasa dan bakti yang dicurahkan oleh Allahyarham Roslan Abdul Rahman. Dari kiri: Ahmad Azaruddin, Ismail dan Abd Latif berucap pada majlis.  Dari kiri: Azman Ahmad, staf UF; Ahmad Azaruddin; Abd Latif; Ismail dan Noor Azlin semasa upacara pelancaran.  Allahyarham [...]

KP FRIM rasmikan Teratak Roslan2020-07-14T15:33:41+08:00

KP FRIM lancar operasi pejabat ‘Forest Skywalk’

1 Julai 2020 (Rabu) – Ketua Pengarah (KP) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Datuk Dr Abd Latif Mohmod telah melancarkan operasi Pejabat Pengurusan ‘Forest Skywalk’ di Taman Botani Kepong semalam. Upacara tersebut turut dihadiri Timbalan KP (Operasi), Dr Khali Aziz Hamzah; Pengarah Bahagian Perhutanan dan Alam Sekitar, Dr Ismail Parlan; Pengarah Bahagian Pentadbiran, Liza Ismail; Ketua Program Ekopelancongan dan Hutan Bandar (EUF), Dr Noor Azlin Yahya; Ketua Cawangan Pengurusan & Impak Rekreasi, Dr Ahmad Nazaruddin Mohd Roseli, Pengurus ‘Forest Skywalk’, Wan Mohd Nafizul Wan Ahmad, dan Ketua Komunikasi Korporat, Toh An Nee. Noor Azlin (paling kanan) memberi taklimat [...]

KP FRIM lancar operasi pejabat ‘Forest Skywalk’2020-07-08T10:53:41+08:00