20 Julai 2020 (Isnin) – YB Ali Biju, Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) telah mengadakan lawatan pertama ke Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 17 Julai lalu.

Beliau diiringi Sharmida Alia Sariff, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan serta pegawai-pegawai KeTSA yang lain.

Sesi taklimat.
Wakil-wakil pengurusan.
Abd Latif (kiri) dan Ali semasa sesi taklimat. Wakil-wakil pengurusan tertinggi FRIM yang menghadiri sesi taklimat.

Timbalan Menteri disambut oleh Datuk Dr Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah (KP) FRIM; Dr Khali Aziz Hamzah, Timbalan KP (Operasi); Dato’ Dr Marzalina Mansor, Timbalan KP (Penyelidikan) dan ahli-ahli pengurusan tertinggi FRIM yang lain.

Abd Latif menyampaikan taklimat mengenai latar belakang FRIM, bidang-bidang penyelidikan, kepentingan dan sumbangan kajian FRIM, serta hala tuju institusi kepada beliau di Bilik Mesyuarat Licuala.

Dr Nor Azah Mohamad Ali, Pengarah Hasilan Semula Jadi (BHS) FRIM (kanan) menerangkan tentang hasil kajian BHS
Acara penanaman pokok.
Dr Nor Azah Mohamad Ali, Pengarah Hasilan Semula Jadi (BHS) FRIM (kanan) menerangkan tentang hasil kajian BHS kepada Ali sambil diperhatikan oleh Khali Aziz (tengah). Dari kiri: Khali Aziz, Abd Latif, Ali, Marzalina dan Sharmida Alia bergambar selepas acara penanaman pokok.

Ali turut melawat pameran yang diadakan di ruang legar Bangunan Auditorium dan lawatan tersebut berakhir dengan upacara penanaman pokok belian (Eusideroxylon zwageri) sebagai acara simbolik bagi memperingati lawatan ini.