MAKLUMAT TERKINI

Menteri KeTSA lancar buku flora mercu tanda negeri
By Published On: Julai 27, 2020
Menteri KeTSA lancar buku flora mercu tanda negeri

fi

27 Julai 2020 (Isnin) – YB Dato’ Dr Shamsul Anuar Nasarah, Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) telah melancarkan buku bertajuk, ‘Flora Mercu Tanda Negeri-negeri di Malaysia’ di Kuala Sepetang, Perak, semalam.

Pelancaran buku terbitan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) ini diadakan sempena Majlis Sambutan Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2020.

Semasa majlis perasmian buku.
Abd Latif (tengah) menunjukkan isi kandungan buku kepada Shamsul Anuar.
Dari kiri: Shamsul Anuar, Abd Latif, Ahmad Saidi, Zurinah dan Mohd Ridza semasa majlis perasmian buku. Abd Latif (tengah) menunjukkan isi kandungan buku kepada Shamsul Anuar sambil diperhatikan oleh Ahmad Saidi.

Turut hadir pada majlis, YB Ali Biju, Timbalan Menteri KeTSA; Ahmad Saidi Mohamad Daud, EXCO Negeri Perak; Datuk Zurinah Pawanteh, Ketua Setiausaha KeTSA; Datuk Dr Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah (KP) FRIM, Dato’ Mohd Ridza Awang, KP Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) serta wakil-wakil organisasi bukan kerajaan dan agensi lain di bawah KeTSA.

Abd Latif dan Mohd Ridza merupakan pengarang buku tersebut. Pengarang lain yang turut hadir ialah Dr Azian Mohti dan Liza Ismail.

Buku mesra ilmu tersebut mengandungi maklumat spesies-spesies pokok yang mewakili setiap negeri serta tiga wilayah persekutuan di Malaysia.

Bergambar dengan buku yang dirasmikan.
Buku mesra ilmu
Dari kiri: Tariq Mubarak Husin, Azian, Abd Latif, Liza dan Dr Wan Mohd Shukri Wan Ahmad bergambar dengan buku yang dirasmikan. Buku mesra ilmu tersebut mengandungi maklumat spesies-spesies pokok yang mewakili setiap negeri serta tiga wilayah persekutuan di Malaysia.

Sebanyak 32 spesies pokok yang mempunyai nilai warisan dipilih untuk buku ini bagi menceritakan kisah di sebalik nama-nama negeri, daerah dan kawasan.

Sambutan Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabangsa anjuran KETSA, JPSM dan Kerajaan Negeri Perak ini diadakan di Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Laut Matang.

Maklumat Terkini