MAKLUMAT TERKINI

KP FRIM rasmikan Teratak Roslan
By Published On: Julai 13, 2020

13 Julai 2020 (Isnin) – Datuk Dr Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah (KP) FRIM telah menyempurnakan perasmian kabin ‘Teratak Roslan’ yang disumbangkan secara peribadi oleh beliau untuk dijadikan pejabat staf Cawangan Hutan Bandar (UF) yang terlibat dalam penilaian kesihatan serta penyelenggaraan pokok-pokok berisiko dan tanaman hiasan landskap, pada 9 Julai lalu.

Kabin ini dinamakan ‘Teratak Roslan’ bagi mengenang jasa dan bakti yang dicurahkan oleh Allahyarham Roslan Abdul Rahman.

Dari kiri: Ahmad Azaruddin, Ismail dan Abd Latif.
Upacara pelancaran.
Dari kiri: Ahmad Azaruddin, Ismail dan Abd Latif berucap pada majlis.  Dari kiri: Azman Ahmad, staf UF; Ahmad Azaruddin; Abd Latif; Ismail dan Noor Azlin semasa upacara pelancaran. 

Allahyarham Roslan yang berusia 53 tahun merupakan bekas Pembantu Awam di UF yang telah berkhidmat hampir 35 tahun di FRIM. Beliau kembali ke rahmatullah pada 2 Januari 2020. Beliau seorang yang rajin dan komited menjalankan tugasan. Antara projek-projek yang pernah beliau terlibat termasuk, ‘Airport in the Forest KLIA’, taman hutan bandar di Mutiara Rini, Johor Bharu serta projek memperkasa landskap di Zoo Negara Malaysia.

Menghargai dedikasi dan semangat kerja yang ditonjolkan, beliau diberi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Individu FRIM pada 2008 dan 2016 serta Anugerah KP secara berkumpulan pada 2014.

Pemergian beliau merupakan satu kehilangan yang besar kepada UF khususnya dan FRIM amnya.

Abd Latif (kanan) memasang plak nama ‘Teratak Roslan’.
Lawatan ke Teratak Roslan
Abd Latif (kanan) memasang plak nama ‘Teratak Roslan’ sambil diperhatikan oleh Ismail (kiri) dan Noor Azlin. Dari kiri: Liza, Ahmad Azaruddin, Noor Azlin, Toh dan Ismail semasa lawatan ke Teratak Roslan.

“Semoga Allahyarham Roslan menjadi pencetus semangat kepada warga FRIM yang lain khususnya generasi baharu untuk meneruskan perjuangan beliau yang telah berkhidmat kepada FRIM dan negara tanpa pernah mengenal erti penat hingga ke akhir hayat. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh beliau,” kata Abd Latif.

Turut hadir, Dr Ismail Parlan, Pengarah Perhutanan dan Alam Sekitar; Liza Ismail, Pengarah Pentadbiran; Dr Noor Azlin Yahya, Ketua Program Ekopelancongan dan Hutan Bandar; Ahmad Azaruddin Mohd Noor, Ketua UF; Toh An Nee, Ketua Komunikasi Korporat; serta Sharifudden Samin, Ketua Cawangan Pembangunan dan Penyelenggaraan.