MAKLUMAT TERKINI

FRIM adakan pra-penilaian persediaan dokumen untuk penamaan UNESCO
By Published On: Februari 19, 2019
UNESCO

UNESCO nomination

11 Februari 2019 (Isnin) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah mengadakan Program Misi Pra-penilaian selama tiga hari untuk mengkaji penyediaan Dossier Penamaan serta Pelan Pengurusan dan Pemuliharaan (CMP) bagi Taman Hutan FRIM Selangor (FRIM Selangor Forest Park).

Perunding yang terlibat untuk program ini ialah Pengarah Organisasi Pembangunan dan Penyelidikan bagi Alam, Kesenian dan Warisan (DRONAH), Dr Shikha Jain dan Pengarah Pengajian Warisan Dunia Universiti Tsukuba, Professor Dr Nobuko Inaba.

Abd Latif (right) and Samsudin
Shika (paling kiri) dan Inaba (tengah) menyampaikan penemuan mereka
Abd Latif (kanan) dan Samsudin pada mesyuarat tersebut. Shika (paling kiri) dan Inaba (tengah) menyampaikan penemuan mereka dengan diperhatikan oleh Noorsiha (paling kanan).  

Mereka menyampaikan penemuan mereka pada mesyuarat yang dihadiri oleh Ketua Pengarah (KP) FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod dan kakitangan pengurusan lain pada 14 Januari lalu.

Dalam ucapan penutupnya, Abd Latif mengucapkan terima kasih kepada perunding dan staf FRIM yang terlibat atas sumbangan dan sokongan mereka dalam usaha mencapai status Tapak Warisan Dunia UNESCO yang dimulakan sejak 2008.

Turut hadir, Timbalan KP (Penyelidikan) FRIM, Dr Samsudin Musa; wakil-wakil AJM Planning and Urban Design Group (APUDG) iaitu perunding CMP serta Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor (PLANMalaysia @ Selangor).

Gambar berkumpulan
Gambar berkumpulan peserta dan penganjur program. 

Program ini dianjurkan oleh Sekretariat Pengurusan Tapak Warisan FRIM (FRIM-WHS) yang diketuai oleh Noorsiha Ayop. Turut hadir ialah Felo FRIM, iaitu bekas Timbalan KP FRIM, Dr Francis Ng; bekas KP Jabatan Warisan Negara, Prof. Emeritus Datin Paduka Siti Zuraina Abdul Majid; dan Prof. Emeritus Dato’ Dr Abdul Latiff Mohamad.

Kajian terhadap dossier penamaan dan CMP telah dijalankan bersama dengan pakar dan penyelidik daripada beberapa bahagian FRIM.

Maklumat Terkini