MAKLUMAT TERKINI

FRIM, AEON bekerjasama dalam penghijauan kawasan terosot
By Published On: Julai 12, 2019

12 Julai 2019 (Jumaat) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan AEON Co. (M) untuk bekerjasama dalam program bertajuk ‘Contribution of AEON to Environment via Greening and Conservation of Degraded Habitats’ pagi tadi di kampus FRIM, Kepong.

Abd Latif (kiri) dan Thong menyampaikan ucapan
Khali Aziz, Wan Rasidah, Ang and Ho pada majlis
Abd Latif (kiri) dan Thong menyampaikan ucapan masing-masing.  Dari kiri: Khali Aziz, Wan Rasidah, Ang and Ho pada majlis. 

Aktiviti-aktiviti program ini akan dijalankan di Stesen Penyelidikan FRIM di Bidor (SPF Bidor), Perak. FRIM telah dilantik sebagai perunding untuk memberi khidmat nasihat tentang aktiviti-aktiviit tanggungjawab sosial korporat (CSR) AEON seperti penanaman pokok dan pemulihan ekosistem daratan sejak tahun 2014 lagi.

Ketua Pengarah (KP) FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod menandatangani dokumen MOU bagi pihak institut manakala AEON diwakili oleh Pengurus Besar Pemasaran Korporat, Thong Poh Wah.

Dari kiri: Khali Aziz, Wan Rasidah, Abd Latif, Thong, Ng dan Syuhaida semasa sesi pertukaran dokumen
Gambar berkumpulan wakil-wakil FRIM dan AEON
Dari kiri: Khali Aziz, Wan Rasidah, Abd Latif, Thong, Ng dan Syuhaida semasa sesi pertukaran dokumen.  Gambar berkumpulan wakil-wakil FRIM dan AEON. 

Turut hadir, Timbalan KP (Operasi) FRIM, Dr Khali Aziz Hamzah; Ketua Program Hutang Ladang FRIM, Dr Wan Rasidah Wan A. Kadir; Penyelaras SPF Bidor, Dr Ang Lai Hoe; Pengurus SPF Bidor, Dr Ho Wai Mun; Ketua Komunikasi Korporat, Toh An Nee; Pengurus Besar Bahagian Undang-undang AEON, Dr Vincent Ng Wei Chyun; serta wakil-wakil AEON, Fansuri Alias dan Syuhaida Ahmad Sabki.

Maklumat Terkini