MAKLUMAT TERKINI

FRIM anjur ‘A Date with Fireflies’
By Published On: Julai 9, 2019
Para peserta memerhati kelip-kelip

Para peserta memerhati kelip-kelip yang ditemui.

9 Julai 2019 (Selasa) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menganjurkan ‘A Date with Fireflies of FRIM’ pada 6 Julai lalu sempena sambutan Hari Kelip-kelip Sedunia (WffD) yang disambut pada hujung minggu pertama Julai setiap tahun.

Perayaan bertemakan, ‘Kelip-kelip memerlukan malam yang gelap’ ini bertujuan mewujudkan kesedaran tentang pentingnya mengurangkan pencemaran cahaya untuk memastikan kelestarian kelip-kelip di habitat semula jadi.

Gambar berkumpulan para peserta.
Nada (tengah) memberi taklimat kepada peserta.
Gambar berkumpulan para peserta dan pihak penganjur.  Nada (tengah) memberi taklimat kepada peserta sebelum melawat denai alam FRIM. 

Program anjuran Cawangan Entomologi FRIM ini dihadiri oleh 26 peserta. FRIM juga mengadakan pameran mini kelip-kelip dan pameran Sistem Maklumat Biodiversiti Malaysia (MyBIS).

Program dimulakan dengan taklimat mengenai pengenalan serta ancaman terhadap populasi kelip-kelip oleh penyelidik FRIM, Veronica Khoo dan Dr Nada Badruddin.

Para peserta memerhati kelip-kelip.
Para peserta memerhati kelip-kelip yang ditemui. 

Para peserta kemudiannya dibawa melawat denai alam FRIM untuk memerhati kelip-kelip dalam hutan. Mereka menemui beberapa spesies kelip-kelip seperti Drilaster sp., Pygoluciola dunguna dan Lamprigera sp.

Maklumat Terkini