30 April 2019 (Selasa) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah mengadakan program ‘Bicara Biodiversiti: Pemuliharaan Avifauna di Malaysia’ di Auditorium FRIM, Kepong semalam. Program tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran umum mengenai pemuliharaan avifauna serta berkongsi maklumat dan mengadakan perbincangan tentang isu-isu yang berkaitan avifauna di Malaysia.

Abd Latif menyampaikan ucapan
membentangkan topik masing-masing
Abd Latif menyampaikan ucapan perasmian.  Dari kiri: Ismail, Mohammad Shahfiz, Azlina dan Yeap membentangkan topik masing-masing. 

Program yang diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Bumi ini dirasmikan oleh Dato’ Dr Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah FRIM. Turut hadir, Pengarah Biodiversiti Hutan FRIM, Dr Lillian Chua.

Topik-topik menarik yang dibentangkan oleh para penceramah ialah: 

  • ‘Bird Conservation and Enforcement Activities’ oleh Ismail Mamat dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN);
  • ‘Importance of Avifauna Research in Malaysia’ (Mohammad Shahfiz Azman, Ketua Cawangan Zoologi FRIM);
  • ‘Wings of KKB (Profiting to the State or Vice Versa)’ (Azlina Mokhtar, Pengarah Jabatan Perancang Bandar, Majlis Daerah Hulu Selangor); dan
  • ‘Landscape Management towards Hornbill Conservation’ (Yeap Chin Aik, Pegawai Konservasi Kanan, Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS)).

Program ini dihadiri 120 peserta yang terdiri daripada wakil-wakil 37 agensi termasuk jabatan-jabatan kerajaan, badan bukan kerajaan dan akademik seperti Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli, PERHILITAN, jabatan-jabatan perhutanan negeri, Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), MNS, World Wildlife Fund (WWF), Global Environment Centre (GEC), Wildlife Conservation Society (WCS), Sime Darby, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM) dan sebagainya.

semasa sesi soal-jawab
Gambar berkumpulan
Chua (kiri) dan Anuar Ab Majid, jurupandu alam FRIM mengemukakan soalan semasa sesi soal-jawab.  Gambar berkumpulan semua peserta program dan pihak penganjur bersama Abd Latif (depan, tengah). 

Semasa sesi perbincangan, para penceramah dan peserta turut membincangkan hala tuju dan peluang penyelidikan ke arah pemuliharaan avifauna.