MAKLUMAT TERKINI

FRIM anjur dialog bersama industri perabot
By Published On: Julai 18, 2018

FI

16 Julai 2018 (Isnin) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menganjurkan ‘Dialog Bersama Industri Perabot dan Pemegang Taruh’ pada 11 Julai lalu di Auditorium FRIM, Kepong.

Program yang dikendalikan oleh Perkhidmatan Pensijilan Produk FRIM (FRIM PCS) ini dirasmikan oleh Ketua Pengarah (KP) FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod dan dihadiri lebih 100 wakil-wakil industri perabot tempatan.

Abd Latif menyampaikan ucapan perasmian.

Dari kiri: Amim, Salamah dan Hashim membentangkan topik masing-masing.

Dialog ini bertujuan menerangkan proses pensijilan produk perabot FRIM PCS dan kepentingan untuk mematuhi keperluan yang ditetapkan bagi memperkasa pengusaha perabot.

Topik-topik pembentangan yang disampaikan ialah:

  • ‘Perspektif Masa Depan Industri Perabot Bumiputera’ oleh Dato’ Seri Amim A. Wahab, Felo Penasihat FRIM Incorporated;
  • ‘Kewajipan Pensijilan Produk bagi Pembekalan Perabot Kerajaan’ (Datin Salamah Selamat, Pengarah Urusan FRIM PCS); dan
  • ‘Program Pemerkasaan Pengusaha Perabot Bumiputera’ (Hashim W. Samsi, Ketua Pasukan Teknikal FRIM PCS).

Sesi perbincangan telah dipengerusikan oleh Basir Malan Ab. Rahman, Pengarah Bahagian Sumber Manusia FRIM dan disertai oleh barisan panel yang terdiri daripada Salamah, Hashim, Amim dan Hamdan Selaman, Ketua Jabatan Pembangunan Rekabentuk dan Pengujian Produk Pusat Sumber Teknologi Perabot (FITEC). Turut hadir, Dr Ismail Harun, Timbalan KP (Penyelidikan) FRIM; Dr Khali Aziz Hamzah, Timbalan KP (Operasi) FRIM; dan Datuk Dr Rahim Sudin, Felo FRIM PCS.

Barisan panel dialog tersebut, (dari kiri) Salamah, Hashim, Basir Malan, Amim dan Hamdan.

Pengusaha perabot, Dato’ Dr. Zainul Azizan mengemukakan soalan.

Maklumat Terkini