17 Januari 2020 (Khamis) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) akan menganjurkan ‘Forest Heritage Run @ FRIM 2020’ pada 7 Mac 2020 (Sabtu) di kampus utama FRIM di Kepong yang merupakan Warisan Kebangsaan.

Poster
Poster larian hutan

Larian yang akan diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2020 (IDF 2020) ini bertujuan menggalakkan gaya hidup yang sihat serta memberi peluang kepada orang ramai untuk menikmati keindahan persekitaran hutan.

Sejajar dengan tema IDF 2020 yang bertemakan, ‘Hutan dan Biodiversiti’, para peserta akan berlari melalui denai-denai hutan dan berpeluang menghayati keunikan FRIM iaitu hutan buatan manusia yang kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna.

Jersey and medal
Reka bentuk jersi dan pingat.

Dato’ Dr Xavier Jayakumar, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) akan menyempurnakan majlis pelepasan peserta larian.

Klik pautan berikut untuk pendaftaran: https://www.jomrun.com/event/FOREST-HERITAGE-RUN-FRIM-2020