23 Ogos 2018(Khamis)– Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menganjurkan ‘Program Kesedaran Keselamatan Siber’ pada 14 Ogos lalu di Auditorium untuk mempromosikan penggunaan internet yang selamat serta meningkatkan kesedaran staf terhadap isu-isu keselamatan.

Program tersebut merupakan salah satu aktiviti sempena Hari Terbuka Bahagian Perkhidmatan Teknikal. Antara pengisian program tersebut ialah beberapa siri taklimat yang disampaikan oleh pakar FRIM serta jemputan-jemputan khas iaitu:

  • Etika Penggunaan FRIM Cloud oleh Maizura Ishak, Cawangan Teknologi Maklumat (ICT), FRIM; 
  • Jenayah Siber (Inspektor Mohd Razmil Razak, Polis Diraja Malaysia (PDRM);
  • Kawalan Kendiri dalam Media Sosial (Mohd Saufi Sujono, Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF)); dan
  • Keselamatan Siber: Pengurusan Storan Awan (Marsineh Jarmin, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)).

Khali berucap pada majlis perasmian hari terbuka.  Dari kiri: Maizura, Marsineh, Mohd Razmil dan Mohd Saufi menyampaikan taklimat masing-masing. 
Khali berucap pada majlis perasmian hari terbuka.  Dari kiri: Maizura, Marsineh, Mohd Razmil dan Mohd Saufi menyampaikan taklimat masing-masing. 

Dr Khali Aziz Hamzah, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FRIM telah menyempurnakan majlis perasmian hari terbuka dengan melancarkan ‘Video Infografik Keselamatan Bangunan Auditorium’.Turut hadir, Pengarah bahagian tersebut, Norhayati Nordin.

Cawangan Perpustakaan turut mengadakan Program Keilmuan Perpustakaan (Santai@LIB) untuk memperkenalkan fungsi dan perkhidmatan perputakaan. Staf FRIM serta 80 pelajar dan 16 guru daripada empat sekolah jemputan telah menyertai Klinik LIB serta permainan dan pertandingan yang menarik.

Cawangan Penerbitan (CPN) juga mempromosikan perkhidmatan mereka dan mengedarkan beberapa buku-buku terbitan FRIM secara percuma.

Security Awareness Programme Gambar berkumpulan para peserta program Santai@LIB di hadapan Perpustakaan FRIM. 
Mohd Yusof Mohamed, Staf CPN menunjukkan perkhidmatan percetakan yang ditawarkan.  Gambar berkumpulan para peserta program Santai@LIB di hadapan Perpustakaan FRIM.