MAKLUMAT TERKINI

FRIM buka semula KBG mulai 2 Oktober
By Published On: September 22, 2021

17 September 2021 (Jumaat) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) akan membuka semula Taman Botani Kepong (KBG) mulai 2 Oktober (Sabtu) manakala Jejantas Rimba (Forest Skywalk), kampus utama FRIM dan Taman Warisan masih ditutup.

Waktu operasi KBG bermula jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang dari Sabtu hingga Khamis dengan kemasukan terakhir 30 minit sebelum waktu penutupan. Taman ini akan ditutup pada setiap Jumaat.

Pejoging dibenarkan masuk dengan syarat-syarat berikut:

  • Perlu lengkap vaksinasi dan menunjukkan bukti vaksinasi;
  • Bilangan pejoging setiap satu masa di KBG adalah 200 orang dengan kawalan sistem tagging;
  • Kawasan yang dibenarkan: Hanya jalan berturap dan trek joging; serta
  • Dilarang menjalankan aktiviti berkumpulan seperti taichi, zumba atau menggunakan pondok rehat.

Semua pengunjung FRIM juga perlu mematuhi arahan pengawal keselamatan dan kakitangan FRIM serta SOP yang dikenakan oleh kerajaan seperti ‘check-in’ dengan aplikasi MySejahtera dan suhu badan tidak melebihi 37.5oC.

FRIM akan mula menerima pembayaran tanpa tunai (#cashless) melalui Touch ‘n Go eWallet bagi kemasukan serta parker sebagaimana yang telah dihebahkan pada 20 Oktober 2020 [rujuk www.facebook.com/FRIMKepong/posts/3418710191497599].

Perkhidmatan lawatan berpandu (guided walk) serta sewaan fasiliti (seperti bilik mesyuarat, auditorium dan lokasi gambar pengantin) masih belum dibenarkan.

Sila ikuti laman Facebook FRIM untuk pengumuman selanjutnya. Untuk sebarang pertanyaan, emel kepada: frim_enquiry@frim.gov.my / feedback@frim.gov.my.

 pembukaan semula KBG

Poster pembukaan semula KBG.

Maklumat Terkini