5 Julai 2021 (Isnin) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah mencatat beberapa pencapaian cemerlang dalam seminar serta persidangan yang diadakan secara maya.

Pasukan penyelidik Bahagian Keluaran Hutan yang diketuai Nur Areisman Mohd Salleh berjaya meraih pingat Perak di Malaysia Technology Expo (MTE) 2021 bagi inovasi ‘Pelitup Muka Biodegradasi dari Bahan Lignocellulosic dan Nanofibers’ tersebut di bawah kategori Covid-19 International Innovation Awards II. MTE 2021 telah berlangsung secara maya pada 14-18 Jun lalu.

Pemenang NFTS 2020
Slaid pembentangan Nur Areisma.
Poster pemenang NFTS 2020 oleh FRIM (kiri) dan tangkap skrin seminar tersebut. Slaid pembentangan Nur Areisman di MTE.

Inovasi FRIM ini menghasilkan topeng muka mesra alam dari bahan lignoselulosa dan biodegradasi berstandard global untuk menyelesaikan masalah penghasilan topeng muka menggunakan sisa plastik yang boleh menyebabkan masalah alam sekitar.

Pasukan penyelidik inovasi berkenaan terdiri daripada Nur Areisman, Dr Latifah Jasmani, Dr Rushdan Ibrahim, Dr Rafidah Jalil, Baharudin Kamaruddin, Mohd Shukri Said, Muzalina Muhamad, Hamsinah Hashim dan Siti Hawa Bakar.

FRIM juga memenangi Anugerah Kertas Kerja dan Poster Terbaik di ’10th Kuala Lumpur International Agriculture, Forestry and Plantation Conference’ (KLiAFP10) pada 22 Jun lalu.

Kertas kerja bertajuk, ‘The dynamics between forest and food security: Case study of Gunung Tebu Forest Reserve’ yang dibentangkan oleh Dr Huda Farhana Mohamad Muslim, Pegawai Penyelidik Program Perhutanan Sosial (SFP) FRIM dinobatkan sebagai kertas kerja terbaik manakala Anugerah Poster Terbaik dimenangi poster bertajuk, ‘High-resolution image and field observation for assessment of soil water content in tropical lowland dipterocarp forest’ yang dibentangkan oleh Dr Marryanna Lion, Pegawai Penyelidik Program Ekohidrologi FRIM bagi kategori Perhutanan.

Sijil Kertas Kerja (kiri) dan Poster Terbaik KLiAFP10
KLiAFP10 diadakan secara maya.
Sijil Kertas Kerja (kiri) dan Poster Terbaik KLiAFP10 yang dimenangi oleh penyelidik FRIM. Sesi pembentangan KLiAFP10 diadakan secara maya.

Selain itu, kumpulan penyelidik yang diketuai Saidatul Husni Saidin telah memenangi anugerah saguhati Poster Terbaik di Seminar Teknologi Makanan Nasional (NFTS 2020) yang diadakan pada 9-10 Mac 2021 lalu.

Poster tersebut bertajuk ‘Preliminary Study on Mangrove Plants Used as Food in Sungai Acheh, Nibong Tebal, Pulau Pinang’ yang dihasilkan oleh Saidatul Husni S, Noor Rasyila MN, Mailina J, Nor Azah MA, Mary Khoo GH, Rohana S, Abd. Majid J, Shalini M, Mohd Hafidz Hadi A, Mohd Syafik Yuzman T, Tariq Mubarak H, Mukrimah A, Siti Hajar AA dan Noor Suhaiza Z.