14 Oktober 2019 (Isnin) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah mencatat pencapaian cemerlang dalam ‘Ekspo Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi (R,D&I) Negeri Selangor 2019’ apabila pegawai penyelidikannya muncul sebagai johan Pertandingan R&D dan Pertandingan ‘Pitching’ pada 10-13 Oktober lalu di Kuala Lumpur.
![]() |
![]() |
---|---|
Farah Fazwa (kelima dari kanan) dan pasukan penyelidikan beliau bersama hadiah dan trofi yang dimenangi. | Khairul menerangkan inovasi ‘In-situ tester for furniture’ pada sesi ‘pitching’. |
Ekspo tersebut bertujuan menggalakkan kajian dan penyelidikan dalam kalangan universiti dan institusi penyelidikan serta menyediakan platform untuk mewujudkan kerjasama komersialisasi dan jaringan industri.
![]() |
![]() |
---|---|
Rushdan bergambar dengan trofi beliau di booth pameran FRIM. | Getha memberi penerangan kepada ahli panel tentang projek penyelidikannya. |
Projek-projek inovasi FRIM yang terlibat ialah:
- Pertandingan R&D (kategori universiti/kolej):
- Johan: ‘Production of high quality planting materials of popular herbal species in Malaysia, Labisia pumila (Kacip Fatimah)’ yang diketuai Dr Farah Fazwa Md Ariff;
- Tempat ke-4: Ciéra: Inisiatif bioprospek, pembangunan dan pengkomersilan produk pembasmi kuman mesra alam berasaskan hasilan semula jadi (Dr Mastura Mohtar);
- Tempat ke-6: ‘Pulp from rice straw for packaging’ (Dr Rushdan Ibrahim); dan
- Tempat ke-8: ‘NeoTRAI Antibact gel: Innovation in wound care’ (Dr Getha Krishnasamy).
- Pertandingan ‘Pitching’ (kategori institusi):
- Johan: Genotip superior Kapal Terbang (Chromolaena odorata) ke arah pengeluaran produk merawat luka (Dr Farah Fazwa Md Ariff);
- Tempat ke-4: Pembangunan sistem inventori aset hidup tumbuhan di tapak semaian (Dr Siti Salwana Hashim); dan
- Tempat ke-5: In-situ tester for furniture (Khairul Masseat).