FRIM cemerlang dalam pertandingan inovasi

4 Mei 2018 (Jumaat) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menerima beberapa anugerah inovasi pada Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) dan Ekspo Inovasi Islam (i-Inova) baru-baru ini.

Nik Adlin dengan sijil anugerah JIPA.

Projek inovasi ‘Modular Seating System’ yang diketuai Nik Adlin Nik Mohamed Sukri dan Dr Wan Tarmeze Wan Ariffin telah memenangi anugerah ‘Best Invention in Design Award’ daripada Japan Intellectual Property Association (JIPA) di MTE pada 24 Februari lalu. Kumpulan projek ini juga terdiri daripada Tariq Mubarak Husin, Zairul Amin Rabidin dan Khairul Masseat. Sistem yang serba guna (versatile), mudah alih dan menjimatkan ruang ini membolehkan kerusi dan meja digabung dan disusun mengikut kehendak pengguna.

Para penyelidik FRIM turut memenangi satu pingat perak dan satu gangsa pada i-Inova yang diadakan sempena ‘Islamic Global Innovation Festival and Talent’ (i-GIFT) pada 10-11 Mac lalu.

Reka bentuk ‘Modular Seating System’ yang serba guna.

Projek inovasi ‘PDM3: Nature Inspired Active Ingredient for an Ecofriendly Multipurpose Disinfectant’ oleh Dr Mastura Mohtar, Dr Saiful Azmi Johari dan Mohd Ramdan Parman telah memenangi pingat perak manakala projek ‘CompAcc: Compost for Acclimatisation’ oleh Dr Farah Fazwa Md Ariff, Dato’ Dr Marzalina Mansor, Syafiqah Nabilah dan Norhayati Saffie telah memenangi pingat gangsa.

PDM3 merupakan formulasi mikrobiosid unik berinspirasi hasilan semula jadi untuk penghasilan rangkaian produk disinfektan mesra alam berjenama Ciera. Dengan kerjasama rakan komersil iaitu Syarikat Nature Profusion, rangkaian produk Ciera telah berada di pasaran.

CompAcc ialah inovasi kompos pengikliman yang dihasilkan sepenuhnya daripada bahan organik mesra alam. CompAcc membantu meningkatkan kualiti pokok kacip fatimah dengan pertambahan pengeluaran pucuk dan menambahbaik pengeluaran jumlah kandungan fenolik.

Innovation contests

Dari kiri: Mohd Ramdan, Saiful Azmi, Mastura, Farah Fazwa dan Syafiqah bergambar bersama sijil i-Inova dan pingat mereka.

Farah Fazwa menerangkan kelebihan CompAcc kepada seorang juri.

2018-05-18T15:54:37+00:00
Font Resize
Contrast