MAKLUMAT TERKINI

FRIM, JMG kerjasama dalam restorasi bekas lombong
By Published On: Ogos 18, 2020
FRIM & JMG berkerjasama

FRIM, JMG kerjasama dalam restorasi bekas lombong

18 Ogos 2020 (Selasa) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) untuk bekerjasama dalam penghijauan dan kajian restorasi kawasan bekas lombong bijih timah di Stesen Ujian Galian (SUGA), Malim Nawar, Perak.

Pada majlis yang diadakan semalam di FRIM, Datuk Dr Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah (KP) FRIM mewakili FRIM manakala JMG pula diwakili KP, Datuk Shahar Effendi Abdullah Azizi dalam menandatangani MOU.

Abd Latif (kiri) dan Shahar Effendi berucap.
Sesi pertukaran dokumen.
Abd Latif (kiri) dan Shahar Effendi berucap semasa majlis. Dari kiri: Norwati, Abd Latif, Shahar Effendi dan Nazwin semasa sesi pertukaran dokumen. 

Dr Norwati Mohamad, Pengarah Bioteknologi Perhutanan FRIM dan Dr Nazwin Ahmad, Pengarah Kanan, Pusat Penyelidikan Mineral JMG turut menandatangani MOU tersebut sebagai saksi.

Turut hadir, Dr Khali Aziz Hamzah, Timbalan KP (Operasi) FRIM; Dato’ Dr Marzalina Mansor, Timbalan KP (Penyelidikan) FRIM; Dr Mohd Zaki Abdullah, Ketua Program Membaik Biak Tumbuhan FRIM; Mohamad Haniza Mahmud, Ketua Cawangan Teknologi Berasaskan Silika JMG; serta Zamri Ramli, Pengarah Cawangan Perancangan dan Pengurusan JMG.

Gambar berkumpulan.
Gambar berkumpulan wakil-wakil FRIM dan JMG. 

Kerjasama tersebut melibatkan aktiviti R&D dalam kaedah penanaman pokok dan pemilihan spesies tanaman bersesuaian di samping menangani masalah bahan pencemar di kawasan bekas lombong bijih timah.

Maklumat Terkini