14 Februari 2020 (Jumaat) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Kerajaan Negeri Pahang yang diwakili oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) untuk bekerjasama dalam penyelidikan dan pendidikan di Pusat Penyelidikan Hutan Tropika Pahang.

Pada majlis yang diadakan semalam di Stesen Penyelidikan FRIM Jengka (SPF Jengka) ini, FRIM diwakili oleh Datuk Dr Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah manakala JPNP oleh Pengarah, Dato’ Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin dalam menandatangani MOU.

Semasa penanaman pokok merbau
Aksi dif-dif jemputan.

Dari kiri: Samsu Anuar, Mohd Nizamri, Abd Latif dan Ismail semasa sesi pertukaran dokumen. 

Aksi dif-dif jemputan semasa pelancaran Pusat Penyelidikan Hutan Tropika Pahang. 

Dr Ismail Parlan, Pengarah Perhutanan dan Alam Sekitar FRIM dan Dato’ Samsu Anuar Nawi, Timbalan Pengarah Perhutanan (Pembangunan) JPNP turut hadir sebagai saksi pada majlis tersebut.

Untuk menyokong kerjasama ini, tiga objektif utama telah digariskan iaitu:

  • Mengelaskan sebahagian daripada Hutan Simpan Tekam sebagai hutan penyelidikan bagi menyokong usaha ke arah mempertingkatkan penyelidikan dalam bidang pengurusan hutan untuk mencapai pengurusan hutan secara lestari;
  • Menubuhkan Pusat Penyelidikan Hutan Tropika Pahang sebagai pusat rujukan dalam bidang pengurusan hutan secara lestari; dan
  • Melaksanakan aktiviti pemindahan teknologi berasaskan eko-pendidikan kepada pelanggan dan pihak berkepentingan.

Semasa penanaman pokok merbau.
Gambar berkumpulan.
Abd Latif (ketiga dari kiri) semasa penanaman pokok merbau.  Gambar berkumpulan para hadirin selepas majlis. 

Bersempena dengan majlis ini, turut diadakan upacara pelancaran Pusat Penyelidikan Hutan Tropika Pahang, acara penanaman pokok merbau serta lawatan ke Tapak Kajian Free Air CO2 Enrichment (FACE).