26 Ogos 2020 (Rabu) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah mengadakan ‘Program Penanaman Pokok sempena Bulan Kebangsaan’ di Hutan Simpan (HS) Bukit Lagong Tambahan, Kepong semalam.

Program FRIM-JPSM ini bertujuan membangunkan taman tema tumbuhan buah nadir dan spesies-spesies pokok terlindung secara berperingkat di Parcel A dan B, HS Bukit Lagong.

Abd Latif (kiri) dan Mohd Ridza berucap pada majlis.
Dari kiri: Mohd Ridza, Abd Latif dan Md Nasir semasa sesi penyerahan buku ‘Tasik Chini – Biosphere Reserve, Conservation by FRIM and NAHRIM’.
Abd Latif (kiri) dan Mohd Ridza berucap pada majlis. Dari kiri: Mohd Ridza, Abd Latif dan Md Nasir semasa sesi penyerahan buku ‘Tasik Chini – Biosphere Reserve, Conservation by FRIM and NAHRIM’.

Turut hadir, Datuk Dr Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah (KP) FRIM; Dato’ Mohd Ridza Awang, KP JPSM; Dato’ Ir Dr Md Nasir Md Noh, KP Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM); Dr Khali Aziz Hamzah, Timbalan KP (Operasi) FRIM; Dato’ Zahari Ibrahim, Timbalan KP Perhutanan (Dasar dan Perancangan) JPSM; Mohd Hafiz Hamzah, Pengarah Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan; dan Datuk Jeffri Abd. Rasid, Pengarah Bahagian Latihan Perhutanan (BLP) JPSM.

KP FRIM dan JPSM juga melancarkan buku ‘32 Jenis Pokok Perlindungan di Semenanjung Malaysia’ yang dihasilkan oleh mereka bersama Dr Azian Mohti, Zawiah Ngah, Syahida Emiza Suhaimi dan Nurfarah Aqilah Mohd Nor. Buku ini telah disunting oleh Nik Zanariah Nik Mahmod dan Dr Ismail Parlan.

Sesi penanaman pokok.
Buku ‘32 Jenis Pokok Perlindungan di Semenanjung Malaysia’.
Dari kiri: Jeffri; Dr Norwati Mohamad, Pengarah Bioteknologi Perhutanan FRIM; Dato’ Ahmad Fadzil Abd Majid, Pengarah Silvikultur dan Pemeliharaan Biologi Hutan JPSM; dan Khali Aziz semasa sesi penanaman pokok. Buku ‘32 Jenis Pokok Perlindungan di Semenanjung Malaysia’.

Selain itu, KP FRIM turut menyerahkan buku ‘Tasik Chini – Biosphere Reserve, Conservation by FRIM and NAHRIM’ kepada KP NAHRIM. Buku ini merupakan sorotan penyelidikan dan usaha konservasi FRIM dan NAHRIM di Tasik Chini pada 2011-2018.

KP FRIM, JPSM dan NAHRIM kemudiannya menanam Pokok Kebangsaan iaitu merbau (Intsia palembanica) manakala para hadirin menanam 32 pokok buah nadir/spesies pokok terlindung.

HS Bukit Lagong Tambahan ini telah diwartakan pada 26 April 1962 sebagai HS Kekal di bawah ‘The Forest Enactment 1918’ dengan keluasan 2.1 ha dan telah dipisahkan oleh Lebuhraya Selayang–Kepong.