MAKLUMAT TERKINI
FRIM lancar kempen ‘FRIM Go Biodegradable’
4 Februari 2019 (Isnin) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah melancarkan kempen ‘FRIM Go Biodegradable’ pagi tadi untuk meningkatkan kesedaran dalam memelihara alam sekitar, mengurangkan penggunaan plastik, polisterin dan penyedut minuman plastik yang memudaratkan alam sekitar.
Abd Latif berucap semasa perhimpunan. | Staf FRIM mengambil ikrar untuk mengukuhkan integriti dalam perkhidmatan. |
Kempen tersebut telah dilancarkan oleh Ketua Pengarah (KP) FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod pada Perhimpunan Bulanan FRIM yang diadakan di Dataran FRIM. Turut hadir, Timbalan KP (Operasi), Dr Khali Aziz Hamzah; pengurusan tertinggi dan staf FRIM.
“Jalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, jujur dan amanah serta tidak membelakangkan tugas awam demi kepentingan peribadi. Semoga FRIM terus kekal relevan dan berjaya menghasilkan lebih banyak penyelidikan dan pembangunan (R&D) perhutanan yang lebih berimpak kepada negara,” kata Abd Latif dalam Amanat Tahun Baharu beliau.
|
|
---|---|
Dari kanan: Khali Aziz; Abd Latif; Norhayati Nordin, Pengarah Inovasi dan Komersialisasi; dan Toh An Nee, Ketua Komunikasi Korporat semasa pelancaran kempen ‘FRIM Go Biodegradable’. |
Poster ‘FRIM Go Biodegradable’. |
Abd Latif juga mengumumkan pelantikan Dr Ismail Parlan sebagai Pengarah Perhutanan dan Alam Sekitar FRIM; Mohd Asmawee Ismail sebagai Pengarah Sumber Manusia; dan Dr Wan Mohd Shukri Wan Ahmad sebagai Ketua Program Hutan Asli.
Sempena majlis tersebut, staf FRIM turut mengambil ikrar untuk mengekalkan integriti dalam tugasan.
Maklumat Terkini