MAKLUMAT TERKINI

FRIM menang 4 emas, 1 gangsa di Si2TE
By Published On: Mei 15, 2019
FRIM menang pingat di Si2TE

FRIM menang 4 emas, 1 gangsa di Si2TE

15 Mei 2019 (Rabu) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah memenangi empat pingat emas dan satu gangsa di Ekspo Reka Ccipta, Inovasi dan Teknologi (SIRIM Invention, Innovation and Technology Expo – Si2TE) 2019 yang diadakan pada 18 April lalu di Kulim, Kedah.

Mastura menerima Anugerah Inovasi
FRIM dengan sijil anugerah dan pingat masing-masing
Mastura (paling kiri) menerima Anugerah Inovasi Hijau daripada Ooi dengan diperhatikan oleh Mohamad Jamil.  Gambar berkumpulan wakil-wakil projek pemenang FRIM dengan sijil anugerah dan pingat masing-masing. 

Si2TE anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian (MITI) dan SIRIM dengan kerjasama Pusat STEM Negara ini telah dirasmikan oleh Exco Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam, Sains dan Teknologi, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Kedah, YB Ooi Tze Min. Turut hadir, Naib Presiden Penyelidikan Perindustrian SIRIM, Ir Dr Mohamad Jamil Sulaiman.

Terdapat beberapa kategori pertandingan Si2TE termasuk sekolah-sekolah rendah, menengah, vokasional, profesional dan antarabangsa.

FRIM telah menghantar lima penyertaan dalam kategori profesional dan kesemuanya telah memenangi anugerah. Projek-projek inovasi FRIM yang memenangi pingat emas ialah:

  • Elite ‘kacip fatimah’ (Labisia pumila) variety for wealth and women’s wellness yang diketuai oleh Dr Farah Fazwa Md Ariff (Bahagian Bioteknologi Perhutanan);
  • Sustainable supply of Eucalyptus sp. planting material for commercial purposes (Dr Nor Hasnida Hassan, Bahagian Bioteknologi Perhutanan);
  • Ciera nature inspired eco-friendly multi actions surface care products (Dr Mastura Mohtar, Bahagian Hasilan Semula Jadi, BHS); dan
  • From Mangrove to Market: Jus Laris (Noor Rasyila Mohamed Noor, BHS).

Pingat gangsa dimenangi projek Novel synthetic gamma-lactams as efficacious & safer inhibitory agents against methicillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA) yang diketuai oleh Dr Saiful Azmi Johari, BHS.

Ahli-ahli pasukan yang diketuai oleh Farah Fazwa, Nor Hasnida dan Noor Rasyila bergambar di booth pameran masing-masing
Saiful Azmi menerangkan projek inovasi beliau
Ikut arah jam dari atas: Ahli-ahli pasukan yang diketuai oleh Farah Fazwa, Nor Hasnida dan Noor Rasyila bergambar di booth pameran masing-masing. Saiful Azmi (tengah) menerangkan projek inovasi beliau semasa sesi penilaian. 

Selain itu, projek Ciera juga memenangi Anugerah Inovasi Hijau (Green Invention Award).

Maklumat Terkini