MAKLUMAT TERKINI

FRIM menang anugerah JIPA, pingat emas dan perak di ITEX’19
By Published On: Mei 6, 2019
FRIM menang anugerah JIPA

FRIM menang anugerah JIPA, pingat emas dan perak di ITEX’19

6 Mei 2019 (Isnin) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah memenangi anugerah ‘Best Invention in Biotechnology Award’ Japan Intellectual Property Association (JIPA), satu pingat emas dan satu pingat perak di Pameran Rekaan, Inovasi dan Teknologi 2019 (ITEX’19) yang berlangsung pada 2-4 Mei lalu di Kuala Lumpur.

Sijil dan pingat JIPA
Tnah menerangkan projek inovasi beliau
Sijil dan pingat JIPA yang diterima.  Tnah menerangkan projek inovasi beliau kepada seorang juri. 

ITEX’19 anjuran Malaysian Invention and Design Society (MINDS) ini telah disertai pelbagai universiti, badan-badan korporat serta individu dari negara-negara ASEAN serta Asia.

Projek inovasi ‘DNA Barcording System for Malaysian Plant Species Identification and Authentication – Malaysia Barcode of Plant (MYBOP)’ telah memenangi anugerah JIPA dan pingat emas ITEX. MYBOP yang diketuai Dr Tnah Lee Hong dan Dr Lee Soon Leong dari Makmal Genetik (MG) FRIM ini turut menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) sebagai “First to use DNA Barcoding System for Malaysian Plant Species Identification and Authentication” pada 2017.

‘DNA barcoding’ merupakan satu teknik diagnostik yang menggunakan DNA untuk pengecaman dan pengesahan spesies. Teknik tersebut boleh digunakan untuk mengesahkan spesies bahan mentah, mengesan pencemaran produk herba dalam industri herba serta membantu industri perkayuan dalam pengecaman spesies kayu.

bergambar di ruang pameran FRIM
Dari kiri: Teng, Lee, Mohamad Nasir, Ng dan Tnah bergambar di ruang pameran FRIM. 

Selain itu, projek ‘MYBiocide: An Effective Solution for Tropical Wood’ yang diketuai Dr Mohamad Nasir Mat Arip, Ketua Cawangan Perlindungan Kayu FRIM memenangi pingat perak ITEX.

Turut hadir, Pegawai Penyelidik MG, Dr Kevin Ng Kit Siong dan rakan penyelidik MYBiocide dari Universiti Sains Malaysia, Teng Teck Jin.

Maklumat Terkini