9 Oktober 2019 (Rabu) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menaiktaraf fasiliti Bangunan Pusat Teknologi Herba (HTC) bagi meningkatkan perkhidmatan pemprosesan produk herba supaya lebih berdaya saing untuk keperluan industri herba. 

Di majlis perasmian pagi tadi, FRIM menerima Bangunan Tambahan HTC tersebut daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang berperanan memantau kerja-kerja naik taraf tersebut. Projek usahasama FRIM-JPS ini bermula pada Februari 2018. 

FRIM naiktaraf HTC
Abd Latif (kiri) dan Sabri menandatangi.
Abd Latif (kiri) dan Sabri menyampaikan ucapan pada majlis. Abd Latif (kiri) dan Sabri menandatangani dokumen penyerahan projek.

Datuk Dr Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah (KP) FRIM menyampaikan ucapan alu-aluan serta menandatangani dokumen penyerahan projek bersama Dato’ Ir. Sabri Abdul Mulok, Timbalan KP (Sektor Pakar) JPS. 

Turut hadir, Norhayati Nordin, Pengarah Inovasi dan Komersialisasi FRIM; Ir. Saari Abdullah, Timbalan Pengarah JPS Negeri Selangor; Mohd Azmin Hussin, Pengarah Bangunan dan Infrastruktur JPS; Wan Marhafidz Shah Wan Mohd Omar, Pengarah Korporat JPS; dan Dr Zamree Md Shah, Ketua HTC. 

Abd Latif, Norhayati dan Sabri
Staf HTC bergambar bersama Abd Latif
Dari kanan: Abd Latif, Norhayati dan Sabri semasa perasmian Bangunan Tambahan HTC. Staf HTC bergambar bersama Abd Latif (tengah) di hadapan Bangunan Tambahan HTC.

HTC telah dikenalpasti sebagai salah satu pusat kecemerlangan di FRIM yang memainkan peranan utama dalam menyokong industri herba. Fasiliti HTC dibangunkan mengikut piawaian Good Manufacturing Practice (GMP) untuk menyediakan perkhidmatan pemprosesan dan pengilangan produk berdaftar kepada para pengusaha dalam industri herba.