MAKLUMAT TERKINI

FRIM rai pencapaian, beri penghargaan kepada staf
By Published On: April 22, 2021
FRIM rai staf.

fi

22 April 2021 (Khamis) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah mengadakan Majlis Anugerah FRIM 2020 dan Majlis Jasamu Dikenang pada 8 April lalu untuk meraikan pencapaian cemerlang dalam pelbagai bidang serta memberi penghargaan sumbangan/khidmat bakti kepada warga kerja termasuk pesara dan bakal pesara.

Majlis yang diadakan di Auditorium FRIM serta secara tele-sidang dirasmikan oleh Dr Khali Aziz Hamzah, Ketua Pengarah (KP) FRIM. Turut hadir, Dr Norwati Muhammad, Timbalan KP (Penyelidikan).

Khali Aziz (kiri) dan Gan menyampaikan ucapan.
Semasa penyampaian anugerah.
Khali Aziz (kiri) menyampaikan ucapan perasmian dan Gan mewakili pesara menyampaikan ucapan persaraan. Mohd Ghazali (kiri) dan Norwati menerima anugerah mereka daripada Khali Aziz (bertali leher merah).

Seramai 139 orang kakitangan FRIM menerima anugerah bagi tahun 2020 dalam sembilan kategori anugerah manakala 14 pesara/bakal pesara diraikan dalam majlis ini.

Norwati merupakan penerima Anugerah Saintis Terbaik kali ini, manakala Anugerah Pekerja Terbaik (Kumpulan Pengurusan dan Professional) diterima oleh Dr Gan Kee Seng, Pengarah Bahagian Perancangan Penyelidikan dan Ahmad Azaruddin Mohd Noor, Ketua Program Ekopelancongan dan Hutan Bandar. Bagi kumpulan pelaksana pula, penerima anugerah ini adalah Yusni Idris, Jurugambar FRIM dan Roslan Abdullah, Pembantu Awam di Stesen Penyelidikan FRIM Mata Ayer, Perlis.

Gambar berkumpulan pesara.
Sebahagian daripada penerima anugerah.
Gambar berkumpulan para pesara dan bakal pesara bersama (depan, ketiga dari kiri): Norwati, Khali Aziz dan Mohd Asmawee Ismail, Pengarah Sumber Manusia. Sebahagian daripada penerima anugerah dalam auditorium.

Kajian Pengurusan dan Pemulihan Hutan Simpanan Paya Gambut Negeri Sembilan yang diketuai Mohd Ghazali Hassan, Pegawai Penyelidik Cawangan Pengurusan dan Silvikultur Hutan Paya, Bahagian Perhutanan dan Alam Sekitar menerima Anugerah Penyelidikan Terbaik.

Seramai 70 staf FRIM dipilih untuk menerima Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) bagi kategori Individu, dan tiga penerima bagi kategori Kumpulan. Terdapat juga Anugerah Penerbitan sebanyak 10 kategori, Anugerah Khidmat Setia, Anugerah Khidmat Masyarakat serta Anugerah Khas Institut yang diterima oleh Pasukan Task Force Pengurusan COVID-19 FRIM.

Maklumat Terkini