MAKLUMAT TERKINI

FRIM rai pencapaikan staf dalam talian
By Published On: Jun 15, 2020
FRIM rai pencapaikan staf

fi

15 Jun 2020 (Isnin) – Walaupun tidak dapat menganjurkan majlis, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) tetap menyampaikan penghargaan kepada staf atas sumbangan dan pencapaian cemerlang pada 2019.

Senarai penerima anugerah telah diumumkan oleh Bahagian Sumber Manusia FRIM secara berperingkat melalui emel mulai 21 Mei lalu.

FRIM rai pencapaikan staf
Sebahagian daripada penerima-penerima Anugerah FRIM 2019.

Seramai 206 staf FRIM telah terpilih untuk menerima anugerah kecemerlangan dalam 15 kategori berlainan yang bukan hanya dinilai dari segi usaha dalam bidang tugasan, tetapi juga aspek sosial, kesukanan dan semangat berpasukan.
Dr Ang Lai Hoe dipilih sebagai penerima Anugerah Saintis Terbaik FRIM 2019 manakala Anugerah Penyelidikan Terbaik dimenangi kumpulan penyelidik projek ‘DNA profiling and barcoding systems of Malaysian plant species for enforcement and product authentication’ yang diketuai oleh Dr Lee Soon Leong. Anugerah Ketua Pengarah (KP) pula diterima oleh Mohd Zamshari Abd. Rahman dan Norhayati Nordin.

Dr Mohamad Nasir Mat Arip menerima Anugerah Pekerja Terbaik bagi kumpulan pengurusan dan profesional, manakala Sadali Sahat dan Suzanaakma Mansor, masing-masing bagi kumpulan pelaksana 1 dan 2.

“Setinggi tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua penerima anugerah yang diraikan dan anugerah diterima diharap akan terus merangsang jiwa untuk bekerja dengan berkualiti dan menghasilkan output yang terbaik,” kata Datuk Dr Abd Latif Mohmod, KP FRIM.

Seramai 13 warga FRIM yang telah bersara juga akan menerima cenderahati dan sijil penghargaan atas jasa dan khidmat setia mereka.

Sila klik di sini untuk melihat senarai penuh penerima anugerah.

Maklumat Terkini