MAKLUMAT TERKINI
FRIM raih 2 emas, 2 perak di MTE 2023
20 Mac 2023 (Isnin) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah pingat emas dan dua pingat perak bagi kategori International Innovation Awards (IIA) serta satu ‘Special Award from International Federation of Inventors’ Associations (IFIA) for Best Invention Medal’ di Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) 2023 pada 16-18 Mac lalu.
MTE 2023 yang diadakan di Kuala Lumpur disertai oleh para peserta dari 13 negara termasuk Malaysia, Taiwan, Hong Kong, Indonesia, Poland, Iran, Thailand, Vietnam, Filipina, Azerbaijan, Perancis, Singapura dan China.
Berikut merupakan pencapaian FRIM:
- Pingat emas dan ‘Special Award from IFIA for Best Invention Medal’ untuk produk ‘Ciéra: Nature Inspired Eco Friendly Hand Wash’
- Dr Mastura Mohtar, Mohd Ramdan Parman, Wan Sabariah Shuib (Nature Profusion Sdn Bhd); Dr Saiful Azmi Johari, Mazurah Mohd Isa dan Hannan Abd Wahab.
- Pingat emas bagi ‘Floating Lotus’
- Mohd Rizuwan Mamat, Dr Marryanna Lion, Dr Wan Mohd Shukri Wan Ahmad, Dr Siti Aisah Shamsuddin, Mohd Azahari Faidi, Abdul Razak Abdul Rahman, Rashidah Hasnim @ Hashim dan Nurul Faihira Kamaruzaman.
- Pingat perak bagi ‘Nanocrystalline cellulose from kombucha pellicles (NCC_KP)’
- Abd Rashid Li, Muhammad Khair Mohd Ayob, Saidatul Husni Saidin, Dr Maryam Husin, Nursyafinatul Nadhirah Mohamad Azizi dan Nor Hidayatul Khamariah Zainul Abidin.
- Pingat perak bagi ‘Portable Sensor CLTM’
- Dr Azian Mohti, Nurul Ain Abdul Manaf, Dr Nik Norafida Nek Ali @ Nik Ali dan Dr Wan Mohd Shukri Wan Ahmad.
Selain daripada pertandingan inovasi, FRIM juga dijemput oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk mempromosikan produk inovasi Teh Anggerik yang merupakan produk terpilih sebagai Key Performance Indicator (KPI) khas Malaysia Commersialisation Year 2022 (MCY 2022).
Penerima anugerah FRIM menunjukkan sijil dan pingat yang dimenangi. | Pasukan ‘Ciéra: Nature Inspired Eco Friendly Hand Wash’ menerima ‘Special Award from IFIA for Best Invention Medal’. |
Ketua Pengarah, Dr Ismail Parlan (kiri) bersama Mohd Rizuwan (tengah) dan Marryanna di ruang pameran FRIM. | Azian (kanan) menerangkan projek inovasi beliau kepada ahli panel semasa sesi penilaian. |
Maklumat Terkini