MAKLUMAT TERKINI

FRIM raih dua anugerah di SRIE2022
By Published On: Oktober 27, 2022
SRIE2022

FI

11 Oktober 2022 (Selasa) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah memenangi dua anugerah di Ekspo Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi Negeri Selangor 2022 (Selangor Research, Development and Innovation Expo, SRIE2022) pada 6-9 Oktober lalu di Kuala Lumpur.

SRIE2022 menerima 1,000 penyertaan bagi Anugerah R&D di mana hanya 58 disenarai pendek mengikut kualiti yang telah ditetapkan. Empat reka cipta FRIM telah disenarai pendek, iaitu tiga dalam kluster bioteknologi dan satu dalam kluster fizik dan kimia gunaan.

Pencapaian FRIM:

  • Tempat Pertama Kategori Kluster Bioteknologi – ‘JKT22: Potential Clone of Chromolaena odorata for Cosmeceutical Industry’ oleh Dr Farah Fazwa Md Arif, Syafiqah Nabilah Samsul Bahari, Norhayati Saffie, Dr Fadhilah Zainudin, Mazdiana Mohd Zain, Dr Mohd Kamal Nik Hasan, Dr Zunoliza Abdullah dan Dr Mohd Zaki Abdullah; dan
  • Tempat Kedua Kategori Kluster Bioteknologi – ‘i-AQUIDs: Integrated Aquilaria ID system’ oleh Abdul Majid Jalil, Sahrim Lias, Mailina Jamil, Saidatul Husni Saidin, Mohammad Faridz Zollpatah, Mohd Shafik Yuzman Tolmanan, Muhammad Asnawi Mohd Rashid dan Syahida Emiza Suhaimi.

SRIE 2022 merupakan platform kolaborasi antara pihak industri dan sektor akademik dalam bidang penyelidikan, pembangunan dan inovasi di Selangor. Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Haris Kasim.

Penyertaan inovasi lain daripada FRIM ialah:

  • ‘About trEEs: A Module on Treasuring Dipterocarps’ oleh Dr Noor Azlin Yahya, Norsham Suhaina Yaakob, Nik Azyyati Abdul Kadir, Nur Suriani Salleh, Azahari Mohd Yusoff dan Naimah Che Long; dan
  • ‘SpectaCare: Beyond Tradition’ oleh Pasukan Penyelidik Pengetahuan Tradisi yang diwakili Firdaus Kamarulzaman, Dr Nik Musa’adah Mustapha, Saidatul Husni Saidin dan Dr Mazura Md Pisar.
SRIE2022 SRIE2022
Pemenang FRIM menerima anugerah daripada Haris (tengah, berbaju kelabu). Peserta FRIM di SRIE2022 bergambar dengan anugerah yang diterima.
SRIE2022 SRIE2022
Pengunjung SRIE2022 melawat tapak pameran FRIM. Farah Fazwa (paling kanan) menerangkan projek inovasi beliau kepada panel semasa sesi penilaian.

Maklumat Terkini