21 Mei 2018 (Isnin) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah memenangi empat pingat emas di Pameran Rekaan, Inovasi dan Teknologi 2018 (ITEX’18) yang diadakan pada awal bulan ini di Kuala Lumpur.

Dari kiri Mohd Saifudullah Abd Wahid (bioreactor technology), Mastura, Farah dan Dr Nordahlia Abdullah Siam (MyWood-ID) bergambar dengan pingat emas dan sijil anugerah masing-masing.

Pasukan Ciéra yang terdiri daripada (dari kiri) Mastura, Mohd Ramdan Parman dan Dr Saiful Azmi Johari.

 

Projek-projek inovasi FRIM yang menyertai ITEX’18 pada 10-12 Mei lalu ini ialah: 

  • ‘Sustainable production of tongkat ali bioactive compounds from hairy roots culture using bioreactor technology’ yang diketuai Dr Nor Hasnida Hassan;
  • ‘Elite clone of Labisia pumila (kacip fatimah) and rapid mass production technique for sustainable supply of high quality planting materials’ (Dr Farah Fazwa Md Ariff);
  • ‘MyWood-ID’ (Dr Mohd Tamizi Mustafa); dan
  • ‘Ciéra ecofriendly multi purpose disinfectant’ (Dr Mastura Mohtar).

Projek yang diterajui Mastura juga memenangi anugerah Rekacipta terbaik (Best Invention) bagi Kategori Produk Isi Rumah (Household Product Category).

Sekolah kerjasama pintar FRIM, SMK Palong Timur Segamat telah memenangi Anugerah Rekacipta Terbaik bagi kategori Sekolah Menengah di ’29th International Invention, Innovation & Technology Exhibition 2018′ yang diadakan bersempena dengan ITEX’18.

Projek inovasi ‘Pata Gos’ merupakan projek cetusan idea pelajar bersama saintis-saintis Bahagian Hasilan Semula Jadi FRIM. FRIM juga membantu dalam pemprosesan bahan mentah.

Dr Nordahlia Abdullah Siam (paling kanan) dan Pengarah Bahagian Keluaran Hutan FRIM, Dr Gan Kee Seng (tengah) menerangkan fungsi MyWood-ID kepada seorang juri.

Pasukan projek ‘Pata Gos’.