MAKLUMAT TERKINI

FRIM sambut Bulan Kebangsaan
By Published On: Ogos 30, 2018

FI

28 Ogos 2018(Selasa) – Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menganjurkan Perhimpunan Bulanan dan Larian Patriotik semalam bagi memperingati detik bersejarah negara kita mencapai kemerdekaan dan pembentukan Malaysia.

Timbalan Ketua Pengarah (TKP) (Operasi), Dr Khali Aziz Hamzah menyampaikan ucapan pada perhimpunan manakala TKP (Penyelidikan), Dr Ismail Harun melepaskan peserta larian.

Khali Aziz menyampaikan ucapan.  Ismail melepaskan peserta larian. 

Khali Aziz, Ismail, Liza Ismail, Pengarah Pentadbiran serta Zamshari Abd Rahman, Pengarah Kewangan FRIM telah menyampaikan pingat kepada semua pemenang larian.

Khali Aziz juga penyampaian trofi kepada pemenang Pertandingan Gambar Patriotik, iaitu Pasukan Dasar Pengurusan.

Peserta berlari di sepanjang Jalan Jelutong.  Khali Aziz menyampaikan trofi kepada Ali Safuan Nor Azhar yang mewakili Dasar Pengurusan dengan diperhatikan oleh (dari kiri) Ismail, Zamshari dan Liza.  Gambar berkumpulan semua pemenang larian dan pertandingan gambar patriotik. 

 

Maklumat Terkini