27 November 2019 (Rabu) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menerima dua lagi Sijil ‘Malaysia Book of Records’ (MBR) iaitu sijil yang ke-39 dan ke-40 di Ibu Pejabat MBR, Kuala Lumpur petang tadi. 

Sijil-sijil tersebut disampaikan oleh Jwan Heah, Pengarah Pemasaran MBR kepada:

  • Dr Mohamad Omar Mohamad Khaidzir (Program Kualiti Dan Kejuruteraan Kayu) untuk ‘Oldest Operational Timber Testing Machine’ dan
  • Dr Kevin Ng Kit Siong (Cawangan Genetik) bagi ‘First Laboratory to Provide Timber Tracking Services Using DNA Approach’.

Dari kiri: Ng, Abd Latif, Heah dan Mohamad Omar.
Gambar berkumpulan
Dari kiri: Ng, Abd Latif, Heah dan Mohamad Omar semasa penyampaian sijil.  Gambar berkumpulan bersama staf FRIM dan MBR.

Turut hadir untuk menyaksikan majlis penyerahan sijil tersebut, Datuk Dr Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah FRIM; Toh An Nee, Ketua Komunikasi Korporat; dan Praveena Balai Kerishnan, Pegawai Penyelidik.

Abd Latif terharu dan gembira kerana hasratnya untuk mendapatkan 40 sijil MBR sudah tercapai pada hari ini.

“Pencapaian ini diperolehi sejak tahun 2008 dan mudah-mudahan penerimaan MBR ini menjadikan FRIM sebagai agensi terbaik di Malaysia berasaskan penyelidikan perhutanan.”

Abd Latif menyeru warga FRIM supaya sentiasa berusaha untuk membuktikan penyelidikan dan pembangunan yang dilaksanakan adalah terbaik, berautoritatif dan terus relevan sepanjang masa bagi kepentingan serta kemajuan negara dan FRIM khususnya.

Beliau juga berharap agar semangat perjuangan ini dikekalkan selepas persaraan beliau nanti.