31 Disember 2021 (Jumaat) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) akan meningkatkan jumlah tiket Jejantas Rimba (Forest Skywalk) bagi setiap slot dari 20 ke 40 mulai 1 Januari 2022.

Poster kemudahan FRIM yang dibuka kepada umum.

Waktu operasi Taman Botani Kepong (KBG) pada Isnin-Khamis juga akan dilanjutkan seperti berikut:

  • Isnin-Khamis: 7.30am-7.00pm (kemasukan terakhir: 6.30pm)
  • Hujung minggu dan cuti umum: 7.00am-7.00pm (kemasukan terakhir: 6.30pm)
    • Kapasiti maksimum: 400 orang
  • KBG dan Jejantas Rimba ditutup setiap Jumaat.

Kemudahan berikut dalam kampus utama dan KBG telah dibuka untuk sewaan:

  • Villa Aromatica dan Villa Fragrans
    • Kapasiti maksimum: 400 orang
  • Kemudahan sukan (gelanggang badminton, skuasy, bola tampar dan tenis)
    • Hujung minggu dan cuti umum sahaja pada 8.00am-7.00pm
  • Rumah Tetamu Sg Kroh dan Rumah Tetamu Meranti
  • Astaka (ruang di depan Kawasan Perkelahan Sg Kroh/air terjun)
  • Kawasan lapang di sebelah parkir KBG (berhampiran dengan tandas awam)

Sila klik pada pautan https://www.frim.gov.my/ms/perkhidmatan/sewaan-kemudahan-rekreasi/ untuk kadar sewaan.

FRIM juga akan menerima bayaran kemasukan tanpa tunai sahaja iaitu melalui Touch ‘n Go eWallet.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Informasi Pelawat (VIC) melalui emel: frim_enquiry@frim.gov.my atau telefon: +603-6279 7592/7649/7596.