26 Disember 2018 (Rabu) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah mengambil langkah proaktif menjadi badan pengujian pembebasan formaldehid yang diiktirafkan dalam skim persijilan/regulasi antarabangsa untuk membantu pihak industri mengatasi halangan pasaran yang dikenakan oleh negara-negara pengimport.

Kebanyakan produk panel kayu menggunakan resin sintetik seperti urea formaldehid (UF), fenol formaldehid (PF) dan melamin urea formaldehid sebagai bahan perekat. Namun, formaldehid yang beracun dan tidak berwarna ini telah dikategori sebagai bahan karsinogenik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Kesatuan Eropah (EU). Oleh itu, negara-negara pengimport mengenakan regulasi dan piawaian ketat ke atas produk panel kayu berkenaan demi memastikan keselamatan dan kualiti produk-produk tersebut.

Sampel-sampei kayu dimasukkan ke dalam kebuk kecil
Regulasi CARB
 
Sampel-sampei kayu dimasukkan ke dalam kebuk kecil untuk menentukan tahap kandungan formaldehid.  Surat pengiktirafan FRIM sebagai badan pengujian di bawah regulasi CARB. 

FRIM telah mendapat pengiktirafan sebagai badan pengujian di bawah regulasi ‘California Air Resources Board’ (CARB) mulai Januari 2013 dan Skim Pensijilan ‘Japanese Agricultural Standard’ (JAS) pada Mac 2013.

JAS merupakan piawaian tahap formaldehid yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan (MAFF), Jepun ke atas produk yang dieksport ke negara Jepun seperti papan lapis dan ‘laminated veneer lumber’ (LVL). Skim tersebut juga merangkumi ujian-ujian mekanikal produk kayu.

Regulasi CARB pula berkuatkuasa di California, Amerika Syarikat sejak 2009 ke atas papan lapis kayu keras, papan gentian berketumpatan sederhana (MDF), papan partikel serta barangan siap. Pada tahun 2017, Environmental Protection Agency (EPA) juga telah menguatkuasakan regulasi terhadap pembebasan formaldehid bagi seluruh Amerika Syarikat, selaras dengan regulasi CARB. 

“Sebagai pusat penyelidikan terunggul dalam perhutanan tropika, FRIM sentiasa sedia untuk membantu industri perkayuan tempatan. Dengan menawarkan perkhidmatan ujian ini, FRIM memastikan produk berkenaan mempunyai jaminan kualiti, keselamatan serta memenuhi keperluan standard antarabangsa,” kata Dato’ Dr Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah FRIM.

formaldehid mengikut regulasi antarabangsa
 
Gambar berkumpulan peserta Kursus Ujian Pembebasan Formaldehid
Rafeadah (kiri) dan pembantu,Faezah Mohd menilai kandungan formaldehid dalam satu sampel dengan menggunakan alat Spektrofotometer  UV.    Gambar berkumpulan peserta Kursus Ujian Pembebasan Formaldehid bersama staf TRAF. 

Unit Teknologi Resin dan Analisis Formaldehid (TRAF) FRIM dilengkapkan dengan kemudahan seperti desikator, perforator serta kebuk besar dan kecil untuk menjalankan ujian. FRIM telah lama bekerjasama dengan pihak industri dalam memberi khidmat nasihat serta latihan. Sehingga kini, lebih 30 pengilang tempatan dan luar negara seperti Australia, New Zealand, Indonesia, Vietnam, Korea dan Thailand telah menggunakan perkhidmatanujian formaldehid FRIM.

Untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan ujian formaldehid dan kursus yang berkenaan, sila hubungi Ketua TRAF, Dr Rafeadah Rusli pada rafeadah@frim.gov.my.