Poster ‘Larian Kemanusiaan’

26 Februari 2019 (Selasa) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (YKMAM) akan menganjurkan ‘Larian Kemanusiaan’ (#RunforHUMANITY) pada 16 Mac (Sabtu) di Taman Botani Kepong, FRIM.

Larian tersebut diadakan sempena sambutan Hari Hutan Antarabangsa peringkat FRIM dan Ulang Tahun ke-10 YKMAM.

Program ini diadakan untuk mempromosikan gaya hidup sihat serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pemuliharaan hutan dan alam sekitar, terutamanya dalam kalangan remaja. Selain itu, larian tersebut juga bertujuan mengumpul dana bagi golongan kurang bernasib baik dari masyarakat tempatan dan pelarian.

Orang ramai, penduduk di sekitar Kepong dan Gombak serta pelajar-pelajar sekolah tempatan dan sekolah pelarian digalakkan untuk menyertai larian ini.

Larian ini dijangka akan menarik seramai 700–1000 peserta yang dibahagikan kepada dua kategori, iaitu Kategori A: 5 km bagi lelaki dan perempuan; dan Kategori B: 3 km ‘Fun Run’. Penyertaan terbuka kepada semua dari usia tujuh sehingga 70 tahun. Peserta kanak-kanak di bawah umur 12 tahun hendaklah diiringi ibu bapa atau penjaga.

Yuran pendaftaran bagi Kategori A ialah RM65 seorang manakala bagi Kategori B, RM45. Yuran promosi bagi pendaftaran berkumpulan (lima peserta) bagi Kategori A ialah RM310 dan Kategori B, RM210.

Setiap peserta akan menerima kemeja-T, pingat, baucer Ultron, beg kit berserta sarapan pagi.

Untuk mendaftar penyertaan, sila layari , mengimbas kod QR pada poster melalui whatsapp: www.wasap.my/60145471966.  Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pejabat YKMAM pada 03-2288 1996.