MAKLUMAT TERKINI
FRIM KSU KATS lawat FRIM
15 Ogos 2018 (Rabu) – Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS), Dato’ Dr Tan Yew Chong telah mengadakan lawatan kerja ke Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) semalam.
Beliau disambut oleh Dr Khali Aziz Hamzah, Timbalan Ketua Pengarah (TKP) (Operasi) FRIM; Dr Ismail Harun, TKP (Penyelidikan) serta ahli-ahli Pengurusan Tertinggi FRIM di Bilik Mesyuarat Licuala.
Dari kiri: Tan, Khali Aziz dan Ismail berbincang ketika mesyuarat tersebut. | Dato’ Dr Marzalina Mansor, Pengarah Bioteknologi Perhutanan FRIM (kiri) bercakap dengan diperhatikan oleh Ganesan. |
Khali Aziz memberikan taklimat latar belakang FRIM serta peranan dan pencapaian FRIM dalam penyelidikan, pembangunan dan komersialisasi (R,D&C) manakala Tan mengemukakan pelbagai pertanyaan serta cadangan bagi mengukuhkan focus dan halatuju R&D FRIM.
Turut hadir, Dato’ Sri Mohd Amim A. Wahab, Felo Penasihat FRIM Incorporated (FRIM Inc.); Abdul Jabbar Sabli, Pengurus Pentadbiran dan Operasi FRIM Inc.; dan Datuk Dr Rahim Sudin, Felo Perkhidmatan Pensijilan Produk FRIM (FRIM PCS).
Tan diiringi oleh Badurunhisam Mohd Nor, Setiausaha Bahagian Kanan; Nik Yusaimi Yusoff, Setiausaha Bahagian (SUB) Pentadbiran dan Kewangan; Anuar Othman, SUB Pengurusan Sumber Manusia; Dr Ganesan Jeyabalan, Pegawai Khas KSU; serta Nor Azmi Ahmad dan Sharmida Alia Sariff, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan.
Maklumat Terkini