MAKLUMAT TERKINI
Kemudahan FRIM tutup sempena Tahun Baharu Cina
22 Januari 2020 (Rabu) – Unit Fasiliti, Pusat Informasi Pelawat (VIC) dan Galeri Penyelidikan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) akan ditutup pada 25–27 Januari sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Kampus FRIM termasuk trek joging, jalan berturap, kawasan berkelah dan Taman Botani Kepong masih terbuka kepada penggunaan oleh para pejoging dan pengunjung lain. Kampus ini dibuka dari jam 6.00 pagi hingga 7.00 petang. Pelawat tidak dibenarkan masuk selepas jam 6.30 petang. Perkhidmatan sewaan basikal dibuka dari jam 8:00 pagi hingga 5.00 petang.
Ikut arah jam dari atas: VIC, Unit Fasiliti dan Galeri Penyelidikan FRIM. | Kaunter sewaan basikal di Kelab FRIM (Bangunan F3). |
Selain itu, ketiga-tiga kemudahan tersebut akan ditutup sempena sambutan berikut:
Perayaan | Tarikh |
---|---|
Hari Raya Aidilfitri | 22–27 May 2020 |
Hari Raya Aidiladha | 31 July–2 August 2020 |
Harap maaf, sebarang kesulitan amat dikesali. Untuk sebarang pertanyaan, mohon e-mel kepada frim_enquiry[at]frim.gov.my.
Maklumat Terkini