24 Disember 2019 (Selasa) – Tapak semaian Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) akan ditutup mulai hari ini sehingga 1 Januari 2020 untuk penyelarasan stok bahan tanaman, manakala Pusat Informasi Pelawat (VIC), Unit Fasiliti dan Galeri Penyelidikan akan ditutup pada 1 Januari 2020 sempena cuti Tahun Baharu.  

Kampus FRIM termasuk trek joging, jalan berturap, kawasan berkelah dan Taman Botani Kepong masih terbuka kepada penggunaan oleh para pejoging dan pengunjung lain. Kampus ini dibuka dari jam 6.00 pagi hingga 7.00 petang. Pelawat tidak dibenarkan masuk selepas jam 6.30 petang. Perkhidmatan sewaan basikal dibuka dari jam 8:00 pagi hingga 5.00 petang.

VIC, Unit Fasiliti dan Galeri Penyelidikan FRIM
Kaunter sewaan basikal di Kelab FRIM
Ikut arah jam dari atas: VIC, Unit Fasiliti dan Galeri Penyelidikan FRIM. Kaunter sewaan basikal di Kelab FRIM (Bangunan F3).

Tapak semaian, VIC, Galeri Penyelidikan dan Unit Fasiliti akan beroperasi seperti biasa pada 2 Januari 2020.

Harap maaf, sebarang kesulitan amat dikesali. Untuk sebarang pertanyaan, mohon e-mel kepada frim_enquiry@frim.gov.my. Untuk maklumat lanjut mengenai sewaan basikal, sila hubungi 03-62750129 atau 03-6279 7581.

VIC, Unit Fasiliti dan Galeri Penyelidikan FRIM
Tapak semaian