MAKLUMAT TERKINI

KP FRIM diberi penghargaan MTIB
By Published On: Jun 18, 2020

18 Jun 2020 (Khamis) – Datuk Dr Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah (KP) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menerima cenderahati khas berupa ukiran laser gambar portret beliau daripada Mohd Kheiruddin Mohd Rani, KP Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) sebagai tanda penghargaan atas khidmat dan jasa beliau kepada pihak MTIB.

Cenderahati berkenaan telah disampaikan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Audit MTIB yang dipengerusikan oleh Abd Latif, pagi tadi.

Abd Latif (kanan) menerima cenderahati khas.
Cenderahati berupa ukiran laser.
Abd Latif (kanan) menerima cenderahati khas daripada Mohd Kheiruddin. Cenderahati berupa ukiran laser gambar portret Abd Latif.

Abd Latif telah menganggotai dan mempengerusikan jawatankuasa tersebut sejak 2008. Mesyuarat pagi tadi adalah yang terakhir bagi beliau yang akan bersara pada hujung Ogos ini.

FRIM dan MTIB sering bekerjasama dalam menjalankan program penyelidikan, pembangunan serta pengkomersialan bagi memperkasa pengurusan dan pembangunan industri kayu-kayan di Malaysia.

“Jasa dan sumbangan beliau sepanjang berkhidmat sebagai Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Audit MTIB pada 2008-2020, amat kami dihargai. Antara sumbangan beliau ialah konsep ‘Self-Auditing’ atau lebih dikenali sebagai Audit and Control Self-Assessment (ACSA)kepada Unit Audit Dalam yang kini dilaksanakan di pejabat MTIB Wilayah/Negeri.

“Beliau juga seorang yang sangat disenangi oleh ahli mesyuarat dan sentiasa memberikan pandangan serta cadangan penambahbaikan. Beliau senang didekati oleh semua peringkat di MTIB. Sehubungan dengan ini, pihak MTIB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada beliau atas segala sumbangan dan mengucapkan Selamat Maju Jaya,” kata Norzila Amir Rudin, Ketua Unit Audit Dalam MTIB.