MAKLUMAT TERKINI

KP FRIM lancar Polisi Keselamatan dan Kesihatan
By Published On: Februari 11, 2022

17 Januari 2022 (Isnin) – Ketua Pengarah (KP), Dr Ismail Parlan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah melancarkan Polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Majlis Perhimpunan Bulanan FRIM yang pertama pada pagi tadi. Polisi ini bertujuan memastikan aspek keselamatan dan kesihatan dapat dilaksanakan secara berkesan bagi mewujudkan suasana persekitaran kerja yang selamat serta sihat.

Acara pelancaran polisi ini juga disertai Dr Zaihan Jalaludin, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP); dan Puad Elham, AJK JKKP.

Turut hadir, Dr Noor Azlin Yahya, Timbalan KP (Operasi); Dr Norwati Muhammad, Timbalan KP (Penyelidikan), pengarah-pengarah serta wakil-wakil bahagian.

Dalam ucapannya, KP FRIM mengimbas kembali pencapaian dan kejayaan sepanjang 2021 serta mengumumkan pelantikan Sarifah Kunju Ahmad sebagai Pengarah Bahagian Perkhidmatan Teknikal yang baharu.

“Cabaran yang mendatang berbeza daripada apa yang pernah kita alami. Namun, adalah penting untuk kita bersama-sama mendepaninya dengan kesungguhan, keberanian dan penuh semangat perpaduan antara kita. Semoga FRIM terus kukuh dan maju,” kata Ismail.

Warga FRIM turut melafazkan ikrar intergriti dengan dipimpin oleh Ariff Fahmi Abu Bakar yang merupakan Ketua Majlis Bersama Pekerja (MBJ) di perhimpunan tersebut.

Ismail menyampaikan amanat beliau di perhimpunan tersebut. Staf FRIM melafazkan ikrar integriti.
Dari kiri: Zaihan, Ismail dan Puad semasa pelancaran polisi. Sarifah dilantik sebagai Pengarah Bahagian Perkhidmatan Teknikal yang baharu.