MAKLUMAT TERKINI

KPPA lawat FRIM
By Published On: Ogos 27, 2022

27 Ogos 2022 (Sabtu) – Dato’ Sri Mohd Shafiq Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengadakan lawatan ke Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) semalam.

Beliau diiringi Dr Anesee Ibrahim, Pengarah Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) serta Dr Nur Nazlina Mohd Hanipah dan Mohd Zuhaidy A Rahman, Pegawai Khas KPPA.

Sesi kunjungan ini turut dihadiri oleh Dato’ Rosli Isa, Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) serta Norsham Abdul Latip, Setiausaha Bahagian Kanan Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan KeTSA.

Mereka disambut oleh Dr Ismail Parlan, Ketua Pengarah (KP) FRIM; Dr Norwati Muhammad, Timbalan KP (Penyelidikan) bersama-sama Ahli Pengurusan Tertinggi FRIM.

Ismail menyampaikan taklimat tentang peranan, fungsi dan pencapaian FRIM serta isu-isu dan cabaran penyelidikan FRIM.

Mohd Shafiq telah berkongsi pandangan beliau berkenaan halatuju R&D negara terutamanya berkaitan dengan sumber semula jadi.

Beliau turut menanam pokok damar minyak (Agathis borneensis) di Taman Botani Kepong sebagai sokongan kepada Program Penghijauan Malaysia – Kempen Penanaman 100 Juta Pokok serta melawat Jejantas Rimba FRIM.

Beliau juga merasmikan Pelantar Rimba sepanjang 368 meter yang dibina dengan Fibre-Reinforced Polymer (FRP) yang mesra alam bagi menghubungkan Denai Razak dengan Jejantas Rimba.

Gambar berkumpulan wakil-wakil JPA, KeTSA dan FRIM bersama Mohd Shafiq (kelima dari kiri). Dari kiri: Rosli, Mohd Shafiq, Ismail, Norwati dan Norsham semasa penanaman pokok.
Mohd Shafiq (kanan) melancarkan Pelantar Rimba dengan diperhatikan oleh Ismail (kiri) dan Rosli. Dari kiri: Mohd Shafiq, Ismail dan Norwati semasa sesi taklimat.

Maklumat Terkini