MAKLUMAT TERKINI

Makmal FRIM terima Anugerah Kecemerlangan IKM
By Published On: Disember 16, 2014

IKM

FRIM laboratories get IKM

Wakil-wakil FRIM bergambar bersama di majlis penyampaian anugerah.

15 Disember 2014 (Isnin) – Makmal Kimia Tanah (MKT) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menerima Anugerah Perak Kecemerlangan Makmal Institut Kimia Malaysia (IKM) di Majlis Penyampaian Anugerah IKM baru-baru ini kerana berjaya mengekalkan Anugerah Kecemerlangan Makmal IKM selama 10 tahun berturut-turut mulai 2005.

Majlis penyampaian anugerah yang diadakan pada 5 Disember lalu di Kuala Lumpur sempena Majlis Makan Malam IKM 2014 telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah.

Selain MKT, turut menerima Anugerah Kecemerlangan Makmal IKM ialah Makmal Analisis Awetan Kayu dan Makmal Ujian Komposit Kayu dari Bahagian Keluaran Hutan FRIM.

Makmal Analisis Awetan Kayu telah menerima Anugerah Emas iaitu pengiktirafan 15 tahun berturut-turut memenangi Anugerah Kecemerlangan Makmal IKM pada tahun 2010 serta Anugerah Perak pada 2005; sementara Makmal Ujian Komposit Kayu pula menerima Anugerah Perak pada 2013.

Makmal-makmal yang menerima pengiktirafan tersebut telah mencapai kecemerlangan dalam amalan kerja analisis dan menyediakan perkhidmatan ujian yang berkualiti berpandukan undang-undang tempatan dari segi kesihatan, keselamatan dan alam sekitar.

Antara lain, MKT juga menerima anugerah Pensijilan Akreditasi MS ISO/IEC 17025 “for determination of potassium in plant tissue and plant based material” (untuk penentuan potassium dalam tisu tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan tumbuhan) daripada Jabatan Standard Malaysia pada 17 November 2014.

Maklumat Terkini