9 April 2019 (Selasa) – YB Dr Xavier Jayakumar, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) telah mengadakan lawatan kerja ke Stesen Penyelidikan Institut Penyelidikan Perhutanan Malyasia (FRIM) di Bidor (SPF Bidor), Perak pada 6 April lalu.

Abd Latif (kiri) dan Ang berucap pada sesi lawatan
Xavier bergambar bersama duta-duta asing serta wakil-wakil KATS, FRIM, JPSM dan JPNPk
Abd Latif (kiri) dan Ang berucap pada sesi lawatan.  Xavier (duduk, tengah) bergambar bersama duta-duta asing serta wakil-wakil KATS, FRIM, JPSM dan JPNPk. 

Beliau yang diiringi isteri, Sheila Devaraj; Datuk Zurinah Pawanteh, Ketua Setiausaha KATS; Dato’ Wan Mazlan Wan Mahmood, Setiausaha Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan serta pegawai-pegawai KATS telah disambut oleh Dato’ Dr Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah (KP) FRIM; Dr Khali Aziz Hamzah, Timbalan KP (Operasi); dan Dr Ang Lai Hoe, Penyelaras SPF Bidor.

Lawatan tersebut juga disertai oleh beberapa Duta Asing di Malaysia iaitu Maria Castillo Fernandez (Duta Kesatuan Eropah); Cristiano Maggipinto (Duta Itali); Frederic Laplanche (Duta Perancis); Pascal Gregoire (Duta Belgium); Karin Mossenlechner (Duta Netherlands); dan Constantin Volodea Nistor (Duta Romania).

Objektif lawatan adalah untuk melihat kejayaan FRIM dalam aktiviti penghijauan semula kawasan bekas lombong dengan kepelbagaian spesies pokok hutan yang ditanam dengan menggunakan teknik penanaman terpilih hasil penyelidikan FRIM. 

Ang menunjukkan pokok-pokok yang ditanam di SPF Bidor
Ang menunjukkan pokok-pokok yang ditanam di SPF Bidor. 

Turut hadir, Dato’ Nor Akhirrudin Mahmud, KP Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM); Datuk Borhanudin Arshad, Timbalan KP JPSM; Dato’ Mohamed Zin Yusop, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNPk); Liza Ismail, Pengarah Pentadbiran FRIM; Mohd Asmawee Ismail, Pengarah Sumber Manusia FRIM; Dr Wan Rasidah W.A. Kadir, Ketua Program Hutan Ladang FRIM dan Dr Ho Wai Mun, Pengurus SPF Bidor.