MAKLUMAT TERKINI

Menteri MPIC lancar Program Perladangan Komuniti
By Published On: September 8, 2020

8 September 2020 (Selasa) – Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) telah melancarkan Program Perladangan Komuniti di Batu Kikir, Negeri Sembilan samalam.

Program anjuran Persatuan Pekilang Panel Malaysia (MPMA) dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dengan kerjasama Plus Intervest ini bertujuan memperkenalkan spesies-spesies pokok dengan pertumbuhan cepat seperti batai dan Eucalyptus bagi memastikan kelestarian bahan mentah kayu serta mengurangkan kebergantungan sumber dari hutan asli.

Upacara penyampaian buku-buku terbitan FRIM.
Khali Aziz (kiri) menanam pokok.
Dari kiri: Mohd Fauzi, Khali Aziz, Mohd Khairuddin, Sheikh Othman dan Goh semasa upacara penyampaian buku-buku terbitan FRIM. Khali Aziz (kiri) menanam pokok dengan bantuan Dasrul Iskandar Darus, Pegawai Penyelidik FRIM.

Turut hadir, Dr Khali Aziz Hamzah, Ketua Pengarah (KP) FRIM; Dato’ Marzalina Mansor, Timbalan KP (Penyelidikan) FRIM; Datuk Wira Sheikh Othman Rahman, Pengerusi MPMA; Datuk Chua Hock Gee, Pengarah Urusan Plus Intervest serta Mohd Fauzi Abu Bakar, Pengarah Ladang dan Perlindungan Hutan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Program ini juga disertai wakil-wakil komuniti Batu Kikir, syarikat-syarikat, agensi-agensi dan industri.

FRIM bekerjasama dengan MPMA dan Plus Intervest sejak 2016 dalam menjalankan pelbagai kajian untuk menentukan spesies hutan yang boleh diladangkan dan dituai dalam tempoh masa kurang enam tahun. FRIM juga berperanan mempromosi dan menyokong program perladangan komuniti MPMA dengan membekalkan kepakaran serta bantuan teknikal dalam penghasilan anak-anak pokok melalui kaedah kultur tisu.

Semasa lawatan ke booth pameran FRIM.
Gambar berkumpulan Khali Aziz (depan, tengah) bersama staf FRIM.
Mohd Khairuddin (kiri) bersama Khali Aziz (tengah) dan Marzalina semasa lawatan ke booth pameran FRIM. Gambar berkumpulan Khali Aziz (depan, tengah) bersama staf FRIM yang terlibat dalam penganjuran program tersebut.

KP FRIM menyampaikan beberapa buku terbitan FRIM tentang hasil kajian spesies-spesies yang sesuai serta cara-cara penubuhan hutan ladang kepada Menteri MPIC.

Mohd Khairuddin turut menyerahkan 13 anak-anak pokok kepada wakil komuniti serta menanam pokok Eucalyptus pellita sebagai acara simbolik bagi memperingati program tersebut.

Maklumat Terkini