MAKLUMAT TERKINI

Pemulangan pas riadah, pelekat kenderaan FRIM mulai 21 Ogos
By Published On: Ogos 5, 2020

5 Ogos 2020 (Rabu) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) akan membuka kaunter di Taman Botani Kepong (KBG) untuk memproses pemulangan pas riadah dan/atau pelekat kenderaan mulai 21 Ogos sehingga 20 September bagi para pemegang pas yang tidak berpuas hati dengan penutupan kampus utama FRIM sehingga penghujung tahun ini.

Sejak 1 Julai lalu, FRIM telah membuka KBG dan Taman Warisan manakala penutupan kampus utama FRIM dikekal sehingga akhir tahun. Memandangkan sesetengah pejoging hanya ingin menggunakan kampus utama FRIM dan bukan KBG atau Taman Warisan, maka FRIM bersetuju untuk membenarkan pihak tersebut untuk memulangkan kad/pelekat dan mendapat bayaran balik.

Pemulangan pas riadah, pelekat kenderaan FRIM.
Poster pemulangan wang pas riadah/pelekat kenderaan FRIM.

Prosedur pemulangan kad riadah/pelekat kenderaan adalah seperti berikut:

  1. Isi dan hantar Borang Permohonan Pemulangan Wang dalam talian tinyurl.com/frimrefund2020 atau isi borang di kaunter tersebut.
  2. Sediakan:
    1. Satu (1) salinan fotostat kad pengenalan
    2. Kad pengenalan asal untuk pengesahan
    3. Pas riadah dan/atau pelekat kenderaan asal
  3. Datang ke kaunter di KBG untuk urusan pemulangan wang (dalam tunai)
  4. Jika mewakilkan pihak lain, sila cetak, isi dan tandatangani Surat Wakil yang boleh dimuat turun daripada tinyurl.com/suratwakilFRIM untuk dibawa bersama dokumen lain yang berkaitan oleh wakil.

Kaunter ini akan dibuka di pintu masuk KBG pada Jumaat (9.00 pagi – 12.00 tengah hari; 2.30 – 4.00 petang) serta Sabtu/Ahad (9.00 pagi – 4.00 petang).

Syarat-syarat lain termasuk:

  1. Pemotongan RM 10 bagi caj pemprosesan akan dikenakan ke atas setiap pas/pelekat kenderaan.
  2. Permohonan yang dihantar selepas tempoh ini tidak akan dilayan.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-6279 7560 (Nazima) atau 03-6279 7562 (Hasnidarul).

Maklumat Terkini