13 Oktober 2014 (Isnin) – Pegawai penyelidik Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), iaitu Dr Sik Huei Shing, yang berjaya membangunkan sistem  pengeringan suhu tinggi (High Temperature Drying atau HTD) untuk merawat kayu getah secara mesra alam, telah dipilih sebagai pemenang Anugerah Penyelidikan Kedoktoran Cemerlang IUFRO.

An exemplary researcher Sik (right) posing for a picture with Prof. Shirong Liu, the IUFRO Honours and Awards Committee Chair who presented her the award at the IUFRO Conference in US.

Beliau telah menerima anugerah tersebut di sebuah majlis yang berlangsung pada 10 Oktober 2014 sempena Kongres Sedunia Kesatuan Antarabangsa Pertubuhan Penyelidikan Perhutanan (IUFRO) yang ke-24 di Salt Lake City, Amerika Syarikat (AS).

Sik mula berkhidmat di FRIM sebagai pegawai penyelidik kontrak pada tahun 2001 selepas menamatkan pengajian Ijazah Sains Perhutanan dalam bidang teknologi kayu di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Sik (right) with fellow researcher, Choo Kheng Teng, who had worked together to develope the award-winning HTD system for treating rubber wood without any use of chemical.

Semasa bertugas sebagai penyelidik baru, beliau berhasrat meneruskan pengajian ke tahap ijazah Sarjana dalam penyelidikan penggunaan sistem HTD untuk merawat kayu getah bagi menggantikan penggunaan “borates” sebagai bahan pengawit utama. Walau bagaimanpun, beliau kemudiannya menukar status tesis Sarjana kepada tesis PhD dengan mendalami skop penyelidikan kepada pembangunan sistem HTD yang bukan hanya menghapuskan penggunaan bahan pengawet tetapi juga memendekkan masa kitaran pemprosesan sebanyak lebih 75%.

Di samping itu, kualiti kayu getah yang dirawat menggunakan HTD didapati baik secara umumnya serta terbukti mempunyai kestabilan dimensi lebih tinggi berbanding kayu yang dirawat dengan kaedah konvensional.

Sumbangan penyelidikan kedoktoran beliau dari tahap pembangunan prototaip sistem HTD bersaiz komersial di kampus FRIM sehingga terbinanya satu unit sistem HTD untuk pengeluaran komersial dengan kerjasama sebuah syarikat tempatan diiktiraf oleh IUFRO “sebagai usaha yang terpuji dan satu kejayaan yang membanggakan institusi (berkenaan) dalam usaha menggalakkan pihak industri berasaskan kayu untuk menjadi sebahagian daripada komuniti mesra alam di samping membantu mereka meningkatkan daya saing dalam pasaran global”.

Lee wins the IUFRO best poster award for Physiology and Genetics.

FRIM telah memperolehi paten untuk sistem HTD ini dari Amerika Syarikat pada Mac 2013 serta; dari Malaysia pada Oktober 2013; dan dari Singapura pada Ogos 2014. FRIM juga telah memfailkan paten di lima buah negara lain iaitu Thailand, Vietnam, Indonesia, China dan India.

Teknologi HTD ini telah memenangi pelbagai anugerah termasuk:

  • Anugerah Inovasi Negara 2013 (Kategori Produk) – Malaysia;
  • Green Invention Order of Merit Award 2013 – World Inventor Award Festival – Korea;
  • Forestry Order of Merit Award 2013 – World Inventor Award Festival – Korea.

Sik juga pernah mendapat Anugerah Tesis PhD terbaik FRIM pada tahun 2011; dan Anugerah Khidmat Cemerlang FRIM pada 2013.

Selain daripada pencapaian ini, seorang lagi penyelidik FRIM iaitu Dr Lee Chai Ting juga telah menerima anugerah poster terbaik IUFRO di Kongres Sedunia IUFRO ke-24 ini. Lee memenangi anugerah tersebut di bawah “Bahagian 2: Fisiologi dan Genetik” untuk poster bertajuk: “Discovery of genic microsatellite markers from transcriptome sequences of Eurycoma longifolia root“.

Sebelum ini, telah terdapat beberapa saintis FRIM yang diberi pengiktirafan saintifik oleh IUFRO. Mereka termasuk Ketua Pengarah FRIM, Dato’ Dr Abd. Latif Mohmod, yang menerima Anugerah Pencapaian Saintifik IUFRO pada 1995; Dr Lee Su See, Anugerah Pencapaian Saintifik (2000); Dr Rahim Sudin, Anugerah Penyelidikan Kedoktoran Cemerlang (2000); Dr Nor Azah, Anugerah Pencapaian Saintifik (2010); dan Dr Tnah Lee Hong, Anugerah Pelajar Cemerlang dalam Sains Perhutanan (2010).

Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan, sila hubungi Unit Komunikasi Korporat FRIM di talian 03-62797577 atau melalui e-mel kepada: frim_ccu@frim.gov.my.

For any query or assistance, please contact the FRIM Corporate Communication Unit Office at 03-62797577 / frim_ccu@frim.gov.my.