MAKLUMAT TERKINI

Permohonan, pembaharuan pas FRIM mulai 3 Januari 2019
By Published On: Disember 20, 2018
A visitor enjoying a morning run at FRIM

A visitor enjoying a morning run at FRIM

18 Disember 2018 (Selasa) – Permohonan dan pembaharuan pas riadah serta pelekat kenderaan untuk memasuki kampus Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) bagi tahun 2019 akan bermula pada 3 Januari di Unit Fasiliti FRIM yang terletak bersebelahan dengan kafeteria di Blok F3.

Notices on the pass renewal
A visitor enjoying a morning run at FRIM
Notis pembaharuan pas riadah telah dipasang di beberapa lokasi strategik. Seorang pengunjung berjoging di kampus FRIM.

Mereka yang ingin memperbaharui pas riadah hanya perlu menunjukkan pas lama dan membuat bayaran. Pemohon baharu pula perlu membawa bersama sekeping gambar bersaiz passport, isikan borang berkenaan (borang permohonan pas riadah and/ or permohonan pelekat kenderaan)dan membuat bayaran. Walau bagaimanapun, hanya warganegara Malaysia sahaja yang layak untuk memohon.

Kaunter Unit Fasiliti akan beroperasi mulai jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari dan 2.30 petang hingga 4.30 petang dari Isnin hingga Khamis; 8.30 pagi hingga 11.30 pagi dan 3.00 petang hingga 5.00 petang pada Jumaat. Kaunter ini juga akan dibuka pada 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari pada Sabtu dan Ahad sepanjang Januari 2019.

Bayaran tahunan pas riadah masih kekal sama seperti berikut:

  • Pas Riadah bagi individu bawah 60 tahun: RM40;
  • Pas Riadah bagi setiap pelajar/warga emas/pesara kerajaan: RM20;
  • Pas Riadah bagi keluarga (suami, isteri dan anak-anak bawah 18 tahun): RM70; dan
  • Pas Sukan (penyewa gelanggang badminton, skuash dan tenis): RM20.

Waktu yang dibenarkan untuk beriadah di kawasan FRIM ialah antara jam 5.30 pagi hingga 7.30 pagi, dan 8.30 pagi hingga 7.00 petang sahaja. Tiada pelawat dibenarkan masuk ke kampus FRIM selepas jam 6.30 petang, dan tiada yang dibenarkan beriadah selepas jam 7.00 petang kecuali dengan kebenaran Ketua Pengarah FRIM.

bicycles for visitors to rent
Terdapat juga basikal untuk sewaan pengunjung di FRIM.

Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan, sila hubungi Unit Fasiliti FRIM di talian 03-6279 7560 / 03-6279 7561 atau melalui emel kepada: FRIM_Enquiry@frim.gov.my.

Maklumat Terkini