MAKLUMAT TERKINI

PM lancar Dasar Perhutanan Malaysia di KBG FRIM
By Published On: Mac 21, 2021
HHA 2021

fi

21 Mac 2021 (Ahad) – Perdana Menteri, YAB Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin telah melancarkan Dasar Perhutanan Malaysia sempena Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2021 di Taman Botani Kepong (KBG), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) pagi tadi.

Dasar Perhutanan Malaysia ini menggariskan hala tuju yang jelas termasuk strategi dan pelan tindakan pragmatik dalam mendepani cabaran baharu sektor perhutanan di peringkat domestik dan antarabangsa.

Muhyiddin menyampaikan ucapan.
Muhyiddin (kiri) dan Shamsul melihat buku.
Muhyiddin menyampaikan ucapan perasmian. Muhyiddin (kiri) dan Shamsul melihat buku Dasar Perhutanan Malaysia.

Ia merupakan dasar inklusif yang mengambil kira kepentingan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak ke arah mencapai pembangunan mampan serta pengurusan hutan secara bertanggungjawab dan berkekalan.

Majlis anjuran Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) ini dihadiri Menteri, YB Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah; Timbalan Menteri, YB Datuk Ali Biju; Ketua Setiausaha KeTSA, Datuk Zurinah Pawanteh; Ketua Pengarah (KP) Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Dato’ Mohd Ridza Awang; KP FRIM, Dr Khali Aziz Hamzah; Pengarah Jabatan Hutan Sarawak, Datu Hamden Mohamad serta Ketua Konservator Hutan, Jabatan Perhutanan Sabah, Frederick Kugan. Turut serta secara maya adalah Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri.

Muhyiddin menyiram pokok resak.
Muhyddin (kiri) dan Shamsul bergambar bersama.
Muhyiddin menyiram pokok resak selepas penanaman. Muhyddin (kiri) dan Shamsul bergambar bersama selepas upacara penanaman pokok.

Di majlis tersebut, Perdana Menteri dan Menteri KeTSA turut menanam pokok resak (Vatica yeechongii) yang dikategorikan sebagai ‘Critically Endangered’.

Maklumat Terkini