28 Ogos 2020 (Jumaat) – Majlis persaraan dan e-jari terakhir Datuk Dr Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah (KP) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Mohd Zamshari Abd. Rahman, Pengarah Kewangan telah diadakan di Bangunan Pentadbiran FRIM petang tadi.

Mereka dijemput untuk menyampaikan ucapan terakhir masing-masing sebelum acara penyerahan tugas. Mohd Zamshari menyerahkan fail tugas kepada penggantinya, Jumaaton Abu Bakar manakala Abd Latif menyerahkan failnya kepada Dr Khali Aziz Hamzah, Timbalan KP (Operasi) FRIM.

Semasa upacara e-jari terakhir.
Abd Latif (kiri) menyerahkan fail tugas kepada Khali Aziz.
Dari kiri: Khali Aziz, Marzalina, Mohd Zamshari dan Abd Latif semasa upacara e-jari.  Abd Latif (kiri) menyerahkan fail tugas kepada Khali Aziz.

Abd Latif menyeru staf FRIM untuk memberi sokongan dan kerjasama yang terbaik kepada Khali Aziz serta mengingatkan kakitangan FRIM supaya bersatu hati dalam mempertahankan FRIM.

Beliau juga menyerahkan dokumen penyelesaian meninggalkan perkhidmatan awam kepada Mohd Asmawee Ismail, Pengarah Sumber Manusia serta menyampaikan buku ‘Kompendium Soalan-soalan Parlimen – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)’ kepada Praveena Balai Kerishnan dan Liza Ismail. Buku tersebut dihasilkan bersama oleh beliau, Praveena dan Liza.

Jumaaton (kanan) mengambil alih tugas Mohd Zamshari sebagai Pengarah Kewangan baharu.
Praveena (kanan) dan Liza (kiri) menerima buku ‘Kompendium Soalan-soalan Parlimen – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)’ daripada Abd Latif.
Jumaaton (kanan) mengambil alih tugas Mohd Zamshari sebagai Pengarah Kewangan baharu. Praveena (kanan) dan Liza (kiri) menerima buku ‘Kompendium Soalan-soalan Parlimen – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)’ daripada Abd Latif.

Turut hadir, Dato’ Dr Marzalina Mansor, Timbalan KP (Penyelidikan FRIM), pengarah-pengarah bahagian serta kakitangan FRIM yang lain.