MAKLUMAT UNTUK PELAWAT

Pelawat Rasmi

Pelawat yang mempunyai urusan rasmi dengan FRIM atau badan-badan bernaung di bawahnya.

Pelawat Tidak Rasmi

Pelawat yang tidak mempunyai urusan rasmi dengan FRIM untuk menggunakan kemudahan atau menjalankan pelbagai aktiviti yang dibenarkan. Masuk melalui tempahan atau bayaran tiket masuk. Segala perhimpunan atau aktiviti berkumpulan yang melibatkan lebih daripada 10 orang peserta mestilah melalui permohonan/tempahan awal (sekurang-kurangnya tiga hari kerja sebelum tarikh aktiviti); mendapat kebenaran; serta mendaftar dengan Pusat Perkhidmatan Setempat FRIM sebelum aktiviti tersebut boleh dijalankan.

Waktu Pejabat:

 

8.00 pagi. – 5.00 petang (Isnin – Jumaat)

Waktu Riadah:

 

Taman Botani Kepong:
7.30 pagi – 7.00 petang (Isnin – Khamis)
7.00 pagi – 7.00 petang (Hujung minggu dan cuti umum)
Jejantas Rimba: 8.30 pagi – 12.30 petang (Sabtu – Khamis)

Jogging

 

Taman Botani Kepong

Kawasan Bergambar

 

Semua kawasan berikut kecuali berdekatan bangunan, pejabat atau kuarters kakitangan FRIM:

    • Sepanjang jalan utama
    • Perkarangan Rumah Tradisional (Terengganu/Melaka)
    • Padang
    • Kawasan Perkelahan Sg. Kroh
    • Taman Botani Kepong
    • Perkarangan rumah tetamu Sg Kroh

Hari Keluarga / Majlis Perkahwinan

  • Kawasan Padang
  • Kawasan Perkelahan Sg. Kroh
  • Taman Botani Kepong
  • PerkaranganVilla Aromatica
  • Perkarangan Villa Fragrans
  • Perkarangan kawasan perkelahan Sg. Kroh

Penggambaran Filem/Iklan/Fotografi

Kebenaran mengikut lokasi yang telah diluluskan sahaja.

Kampus FRIM dibuka dari jam 6:00 pagi hingga 7:00 petang. Aktiviti rekreasi hanya boleh dilakukan pengunjung pada jam 6:00 pagi – 7:30 pagi dan 8:30 pagi – 7:00 petang pada hari bekerja. Pelawat tidak dibenarkan masuk selepas jam 6.30 petang. Pelawat hanya dibenarkan untuk meletakkan kenderaan di kawasan yang ditetapkan. Meletakkan kenderaan di tempat khas untuk kakitangan adalah dilarang. Penutupan sebarang kemudahan rekreasi di FRIM boleh dilakukan oleh pihak pengurusan tanpa sebarang notis.

Liabiliti Pelawat

Pengunjung bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan diri dan barang- barang mereka sendiri. FRIM tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kerosakan, kerugian, atau kemalangan yang mungkin berlaku.

Permit & Pas

Penggunaan kemudahan kampus mestilah dengan kebenaran Ketua Pengarah FRIM. Permit yang dikeluarkan adalah untuk memudahkan kemasukan ke kampus FRIM sahaja. FRIM mempunyai hak untuk melarang pelawat dari memasuki kampus FRIM. FRIM juga boleh membatalkan permit tahunan / pas lawatan jika pengunjung melanggar sebarang peraturan yang telah ditetapkan di kampus FRIM.

PERATURAN UMUM

Pelawat dilarang:-

  1. Membuang sampah.
  2. Memancing, memburu atau mengganggu haiwan.
  3. Mengambil sebarang tumbuhan, pokok-pokok, bunga-bunga, buah-buahan atau haiwan.
  4. Tidak berbaju atau berpakaian tidak sopan di kawasan awam.
  5. Melakukan aktiviti yang mempunyai unsur salahlaku seperti penggunaan dadah, minum minuman keras dan penggunaan bahan-bahan terlarang dan berbahaya.
  6. Mengganggu ketenteraman dan keselesaan pelawat-pelawat lain.
  7. Meletakkan kenderaan di tempat yang dilarang.
  8. Memasuki kawasan dan bangunan yang dilarang.
  9. Melakukan pembakaran terbuka atau memanggang makanan (BBQ).
  10. Memandu atau membawa sebarang kenderaan di kawasan denai alam.
  11. Memandu atau menunggang secara merbahaya.
  12. Melakukan sebarang aktiviti vandalisme, merosakkan harta benda FRIM atau merosakkan alam semula jadi.
  13. Berjoging atau berbasikal di kawasan terlarang.
  14. Membawa masuk haiwan peliharaan.
  15. Membuang sebarang haiwan peliharaan.
  16. Membuka laluan denai baharu atau memasuki hutan tanpa jurupandu alam FRIM.
  17. Membuat bising dan memasang muzik dengan kuat.
  18. Meminum sebarang minuman yang memabukkan.
  19. Mengadakan sebarang upacara pemujaan atau ritual.
  20. Menggunakan ‘drone’.
  21. Berkelakuan sumbang.
  22. Menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
  23. Memberi makan kepada binatang liar.

Waktu operasi bergantung pada keadaan cuaca. Pelawat tidak digalakkan melakukan aktiviti rekreasi semasa hujan.

Pelawat dinasihatkan untuk memeriksa Kadar Pencemaran Udara (KPU) ) sebelum melawat FRIM. Pihak FRIM tidak menggalakkan aktiviti berjoging dan sebarang aktiviti rekreasi luar apabila KPU melebihi 100.

Klik untuk Garis Panduan Rekreasi dalam Bahasa Mandarin (Muat turun PDF)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pusat Informasi Pelawat (PIP)
Tel : 03-6279 7592 / 03-6279 7649
Fax : 03-6280 4619
E-mel : frim_enquiry@frim.gov.my