9 Jun 2022 (Khamis) – YB Datuk Ali Biju, Timbalan Menteri Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) telah menghadiri Majlis Hari Anugerah dan Majlis Jasamu Dikenang Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) yang diadakan di Dewan Alwy, pagi tadi.

Majlis tersebut diadakan untuk meraikan warga FRIM yang cemerlang dalam pelbagai bidang serta menghargai sumbangan dan khidmat bakti penjawat awam yang telah dan akan bersara.

Dr Ismail Parlan, Ketua Pengarah (KP) FRIM menyampaikan ucapan alu-aluan manakala YB Timbalan Menteri menyempurnakan majlis serta melancarkan buku bertajuk, ‘Khazanah Perubatan Melayu: Tumbuhan Ubatan Jilid 4’.

Turut hadir, Dato’ Rosli Isa, Ketua Setiausaha (KSU) KeTSA; Abdul Wahid Abu Salim, Timbalan KSU (Sumber Asli); Norsham Abdul Latip, Setiausaha Bahagian Kanan Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan; Barisan Anggota Institut FRIM iaitu Datuk Othman Abdul Latiff dan Tuan Haji Lokman Mohamad; Dato’ Zahari Ibrahim, Timbalan KP (Dasar dan Perancangan) Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia; Zulkurnain@Yusri Abdul Wahab, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pengurusan Perhutanan; serta Abdul Hakim Abdul Rauf, Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

Seramai 90 warga FRIM menerima anugerah pada majlis tersebut. Dr Rushdan Ibrahim menerima Anugerah Saintis Terbaik manakala Anugerah Penyelidikan Terbaik dimenangi kumpulan penyelidik ‘Mendokumen PengetahuanTradisi (TK) Orang Asli dari 5 Subetnik OrangAsli Semenanjung Malaysia (3 Subetnik Tambahan & 2 Subetnik Replikasi)’. Dr Lillian Chua dan Hashim W.Samsi pula menerima Anugerah KP FRIM mankala Anugerah Khas KP disampaikan kepada Pasukan Penugasan Semula Semasa Proklamasi Darurat Covid19.

Selain itu, YB Timbalan Menteri, KSU dan KP FRIM juga menyampaikan anugerah-anugerah berikut:

  • Anugerah Sukan
  • Anugerah Penerbitan
  • Anugerah Khidmat Setia
  • Anugerah Khidmat Masyarakat
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (Kumpulan)
  • Anugerah Pekerja Terbaik Tahunan

Majlis Jasamu Dikenang kali ini meraikan 11 pesara dan bakal pesara sebagai penghargaan atas segala jasa dan khidmat bakti mereka.

Ismail (kiri) dan Ali berucap pada majlis. Dari kiri: Dr Nik Musa’adah Mustapha pengarang utama buku; Abdul Hakim, Rosli, Ali dan Ismail semasa pelancaran buku.
Gambar berkumpulan penjawat awam yang telah dan akan bersara bersama Rosli (keempat dari kiri), Ali dan Ismail. Gambar berkumpulan staf FRIM bersama dif-dif jemputan