MAKLUMAT TERKINI
Video tular harimau bukan di FRIM
24 April 2020 (Jumaat) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) ingin menafikan video yang menular di WhatsApp baru-baru ini yang menyatakan harimau dijumpai di FRIM.
Cetak skrin video tersebut. | “Jangan menyebarkan sebarang berita atau maklumat yang belum dipastikan kesahihannya,” kata Abd Latif. |
Video selama 2 min 50 saat yang disertai ‘caption’: ‘Tiger spotted at FRIM, Kepong’ ini telah menimbulkan kerisauan dalam kalangan penghuni serta penduduk di sekitar FRIM.
Kejadian tersebut sebenarnya berlaku di sekitar Ladang Aramijaya, Mersing, Johor pada awal Mac 2020. [Berita berkenaan: bharian.com.my/…/6622…/harimau-belang-mersing-ditemukan-mati]
“FRIM mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menghubungi FRIM untuk mengesahkan kesahihan video tersebut. Jangan menyebarkan sebarang berita atau maklumat yang belum dipastikan kesahihannya,” kata Ketua Pengarah FRIM, Datuk Dr Abd Latif Mohmod.
Jangan sebar atau kongsi berita palsu!
Maklumat Terkini